Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
duitnow qr phone

Cara Mudah Papar Kod QR DuitNow Tanpa Sentuh Skrin iPhone

Diterbitkan April 30, 2022 · Dikemas kini Oktober 28, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Sudah 2022, kebanyakan transaksi kita sudah mula beralih pada digital walaupun hal sekecil membayar hutang rakan sewaktu makan tengah hari.

Kini, dengan hanya berkongsi satu kod QR dari mana-mana aplikasi bank dan e-dompet, sesiapa sahaja dapat memindahkan wang mereka dengan mudah tanpa perlu masukkan nombor akaun.

Raya tahun ini, pastinya ada yang akan menggunakan kaedah ini juga apabila bertemu kaum kerabat kelak.

Jadi, untuk mudahkan anda menerima duit raya secara digital, kami kongsikan di sini cara untuk paparkan kod QR DuitNow akaun bank anda dengan hanya ‘double tap’ pada belakang iPhone.

1. Screenshot atau simpan gambar kod QR dari aplikasi bank atau e-dompet.

maybank duitnow qr amin

2. Buka aplikasi Photos, buka gambar tadi dan simpan ia ke dalam aplikasi Files.

  • Tekan ikon ‘Share’, tekan ‘Save to Files’.

Cara Mudah Papar Kod QR DuitNow Tanpa Sentuh Skrin iPhone

3. Buka aplikasi Shortcuts, tekan ikon tambah (+) di hujung kanan.

4. Namakan shortcut tersebut mengikut cita rasa. Contohnya, “Show DuitNow QR Code”.

5. Tekan ‘Add Action‘.

6. Taip ‘Open File‘ dan tekan padanya.

Cara Mudah Papar Kod QR DuitNow Tanpa Sentuh Skrin iPhone

7. Tekan pada ruangan ‘File‘.

Cara Mudah Papar Kod QR DuitNow Tanpa Sentuh Skrin iPhone

8. Pilih gambar kod QR yang telah disimpan tadi.

Cara Mudah Papar Kod QR DuitNow Tanpa Sentuh Skrin iPhone

9. Tekan pada ruangan ‘Default App‘.

Cara Mudah Papar Kod QR DuitNow Tanpa Sentuh Skrin iPhone

10. Pilih ‘Files‘.

photo_2022-04-30_01-42-48 (2)

11. Tekan pangkah dan keluar daripada Shortcuts.

12. Buka Settings, masuk ke Accesibility.

accesibility iphone ios

13. Masuk ke Touch.

touch accesibility ios

14. Masuk ke Back Tap.

back tap accessibility ios

13. Tekan Double Tap.

double tap accesibility

. Pilih Shortcuts yang anda cipta tadi.

Cara Mudah Papar Kod QR DuitNow Tanpa Sentuh Skrin iPhone

Selesai. Kini anda hanya perlu ketuk belakang iPhone dua kali dengan jari untuk paparkan kod QR bagi  pemindahan wang. Duit raya kini dapat ditagih dengan mudah.

Untuk menggunakannya, iPhone anda terlebih dahulu perlu dihidupkan skrinnya tidak kisah sudah dinyahkunci atau tidak.

Jika masih belum unlock, sebuah pop-up akan muncul untuk sahkan anda mahu melancarkannya. Jika sudah dinyahkunci, maka ia akan terus memaparkan kod QR anda.

Tip tambahan, jika anda mahu rakam video sambil memainkan Spotify atau Apple Music, anda boleh baca caranya dengan klik di sini.

Foto utama: CIMB

Baca juga:

  • Ada Bajet, Ada Untuk ‘Flex’, Ini Telefon Terbaik Raya 2022
  • Ini Cara Terpaling Mudah Untuk ‘WhatsApp’ Diri Sendiri
  • Tukar Kad Debit Maybank Dengan Pantas? Ini Senarai Cawangan Yang Ada Kiosk Layan Diri (wiser.my)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY