Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
moon dubai

Dubai Rancang Bina Tempat Peranginan ‘Bulan’ Bernilai Lebih RM22 Bilion, Dijangka Siap 2027

Diterbitkan September 26, 2022 oleh ariff bukhari

Sebuah tempat peranginan berbentuk seakan ‘bulan’ sedang dirancang akan dibina di Dubai, Emeriah Arab Bersatu (UAE).

Projek mega yang dicadangkan oleh Sandra G. Matthews dan Michael R. Henderson dari Moon World Resorts (MWR) dari Kanada itu dianggarkan akan menelan belanja sebanyak USD5 bilion (~RM22.892 bilion) dan dijangka siap pada tahun 2027 nanti.

Berkaitan

  • Arab Saudi Rancang Bina 2 Bangunan Kaca Sepanjang 120 Kilometer, Sasar Siap Pada 2030
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Jom Serbu, iTworld Sedang Adakan Tawaran Tak Masuk Akal Untuk Siri iPhone 14

Projek yang dikenali sebagai “Moon Dubai” itu apabila siap sepenuhnya akan terdiri daripada bangunan berupa Bulan dengan ketinggian keseluruhanya mencecah 224 meter.

 

Selain hotel, berdasarkan kepada pelan lantai Moon Dubai turut memaparkan yang ia dicadangkan akan dilengkapi dengan ruang hiburan kasino, kelab malam, restoran, ruang mesyuarat dan banyak lagi.

Moon Dubai disasarkan akan menjana keuntungan sehingga USD1.8 bilion (~RM8.241 bilion) hasil daripada kehadiran 10 juta pelancong ke situ dalam tempoh setahun.

Sumber: Forbes, Hotelier

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY