Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
arab saudi 1

Arab Saudi Rancang Bina 2 Bangunan Kaca Sepanjang 120 Kilometer, Sasar Siap Pada 2030

Diterbitkan Ogos 1, 2022 oleh ariff bukhari

Arab Saudi dilaporkan merancang mahu membina 2 bangunan pencakar langit yang akan dibuat daripada kaca cermin.

2 Bangunan yang akan dibuat secara sebelah menyebelah itu akan dibina setinggi 487 meter merentangi padang pasir, pantai dan pergunungan dengan jarak keseluruhan sepanjang 120 kilometer.

Sekaligus akan membentuk seakan sebuah bandar futuristik dengan di bahagian tengahnya dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti stadium bola sepak, keretapi berkelajuan tinggi dan pelbagai fasiliti moden lain.

Projek yang dinamakan sebagai ‘The Mirror Line’ itu dianggarkan akan bernilai AS$1 trilion (RM4.45 trilion) adalah sebahagian daripada projek Neom.

arab saudi 2

Projek mega itu sudah pun bermula dengan pihak berkuasa Saudi mensasarkan ia akan siap dalam tahun 2030 nanti.

Walaubagaimanapun, kontraktor projek itu menjangkakan ia akan mengambil masa sehingga 50 tahun untuk ia siap dibina sepenuhnya.

Apabila siap nanti, bandar itu dijangka akan mampu menempatkan sehingga 5 juta penduduk dan pasaran peluang pekerjaan yang besar.

Sumber: nypost, WSJ

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY