Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Dua Telefon realme Dilancar – GT Neo 2T Dan Q3s

Posted on Oktober 20, 2021Oktober 20, 2021

Sebelum ni terdapat ura-ura berkenaan keluaran baru untuk siri realme GT bersama-sama realme Q3s. realme kini secara rasmi memperkenalkan beberapa model peranti baharu iaitu realme GT Neo 2T, realme Q3s dan jam tangan pintar realme T1.

realme GT Neo 2T

realme GT Neo 2T disertakan dengan cip Mediatek Dimensity 1200, skrin Super AMOLED 120Hz dari Samsung, input sentuh 360Hz, bateri sebesar 4,500mAh, RAM bermula 8GB hingga 12GB, storan UFS 3.1 sebesar 128GB dan 256GB, tiga kamera di belakang (kamera utama 64MP, ultra lebar 8MP, makro 2MP) dan kamera hadapan sebesar 16MP.

Selain dilengkapi pembesar suara dengan Dolby Atmos dan kemampuan memainkan audio Hi-Res, ia juga mempunyai sistem penyejukan VC (vacuum chamber), sesuai bagi mereka yang sering bermain permainan mudah alih.

Ia akan mula dijual di China dengan harga CNY2099 (~RM1,370) untuk 8GB + 128GB, CNY2299 (~RM1,500) untuk 8GB + 256GB dan CNY2599 (~RM1700) bagi 12GB + 256GB.

realme Q3s

realme Q3s adalah salah sebuah peranti kelas pertengahan dengan cip Qualcomm Snapdragon 778G, skrin LCD 6.6 inci 144Hz beresolusi FHD+, RAM sebesar 6GB dan 8GB, bateri sebesar 5,000mAh, storan sebesar 128GB dan 256GB, tiga kamera belakang (48MP utama, makro 2MP, depth 2MP) dan kamera depan 16MP.

Harganya bermula CNY1599 (~RM1,040) sehingga CNY1999 (~RM1,300). Namun, setakat ini realme Malaysia belum mengeluarkan kenyataan berkenaan kemasukan model-model ini ke pasaran tempatan.

Sumber: gsmarena

Baca juga:

  • Google Rasmikan Siri Pixel 6 – Rekaan Baharu, Cip Tensor Dan Kamera Besar

  • Kemas Kini Final Cut Pro Dan Logic Pro Hadir Dengan Fungsi Menarik

  • Redmi Note 11 Bakal Dilancarkan Minggu Depan, Ada Rekaan Baharu

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress