Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Dua Bulan Selepas Dilancarkan, Ini Gambar Diambil Daripada Galaxy S22 Ultra

Posted on April 27, 2022Mei 4, 2022

Siri Galaxy S22 dilancarkan pada bulan Februari lepas dengan tiga model iaitu S22, S22+ dan S22 Ultra bermula pada harga RM3,499.

Spesifikasi tertinggi dipegang oleh Galaxy S22 Ultra dan ia hadir dalam 3 varian:

  • Samsung Galaxy S22 5G Ultra 128GB – RM5,099
  • Samsung Galaxy S22 5G Ultra 256GB – RM5,499
  • Samsung Galaxy S22 5G Ultra 512GB – RM5,899

S22 Ultra ini dilengkapkan dengan 4 kamera belakang iaitu :

  • 12MP sudut lebar
    • Dual Pixel AF
    • Saiz piksel: 1.4μm
    • Sudut pandangan: 120˚
    • Apertur: F2.2
    • Saiz sensor: 1/2.55″
  • 108MP
    • PDAF, OIS
    • Saiz piksel: 0.8μm (12MP 2.4μm)
    • Sudut pandangan: 85˚
    • Apertur: F1.8
    • Saiz sensor: 1/1.33″
  • 10MP Telefoto
    • Dual Pixel AF
    • Saiz piksel: 1.12μm
    • Sudut pandangan: 11˚
    • Apertur: F4.9
    • Saiz sensor: 1/3.52″
    • 10x zum optikal
  • 10MP Telefoto
    • Dual Pixel AF
    • Saiz piksel: 1.12μm
    • Sudut pandangan: 36˚
    • Apertur: F2.4
    • Saiz sensor: 1/3.52″
    • 3x zum optikal

Kamera Swafoto

  • 40MP
    • PDAF
    • Saiz piksen: 0.7μm (10MP 1.4μm)
    • Sudut pandangan: 80˚
    • Apertur: F2.2
    • Saiz sensor: 1/2.82″

Antara ciri tambahan lain ialah Space Zoom iaitu zum 3x, 10x Dual Optical ZoomSuper, autofokus laser dan OIS.

Dalam artikel ini, kami kongsikan gambar yang diambil oleh saudara Azee selaku pengguna S22 Ultra.

Gambar siang

Secara keseluruhan, gambar yang diambil dalam keadaan cahaya yang mencukupi sangat bagus kualitinya. Butirannya tidak hilang, warna dihasilkan hampir tepat dan semula jadi, tidak oversaturated apatah lagi washed out.

Dari segi kemampuan zum, ini sememangnya satu hal yang agak mengagumkan. Ia mempunyai banyak pilihan zum termasuk 2x, 3x, 10x, 20x, 30x, 100x.

Jika anda tidak pernah menggunakan zum seperti 30x dan 100x padanya, pastinya membuatkan anda ternganga. Hali ini kerana perinciannya sangat jelas sedangkan dengan objek sangat jauh.

Untuk sudut lebarnya pula, isu distortion juga tidak muncul. Ia mungkin tidak mempunyai butiran yang sama dengan versi zum 1x tapi masih sangat memuaskan.

HDR padanya juga tidak dapat dinafikan membawa prestasi yang setaraf kelas andalan.

Zum 3x.
1
3
10

 

Zum 3x
Zum 10x
Sudut lebar
1x
Zum 1x
Zum 10x

Swafoto

Hasil gambar kualiti daripada kamera swafoto juga baik untuk sebuah kamera swafoto. Warnanya mungkin tidak sebaik kamera belakangnya tetapi memuaskan, selari dengan kelasnya.

Gambar malam

Kualiti gambar diambil sewaktu keadaan cahaya yang rendah juga tidak mengecewakan walaupun tidak terbaik.

Jika dibandingkan, setakat ini Xiaomi 12 Pro mempunyai prestasi mod malam terbaik mengalahkan S22 Ultra.

Seperti dikatakan saudara Azee, warna dihasilkan sewaktu malam tidak terlalu ‘pop’ justeru foto tampak biasa-biasa saja.

Suhunya pula tampak jelas lebih cenderung ke arah ‘cool’ tapi perkara ini bukan hanya berlaku pada S22 Ultra sahaja.

Kesimpulannnya, kamera pada S22 Ultra ini berbaloi dan sesuai dengan harganya. Ia lebih baik berbanding kamera pada siri sebelum ini iaitu S21. Antara peningkatan yang ketara ialah kamera zum atau periskopnya yang kini lebih stabil.

Jadi, jika anda mempunyai bajet tinggi, mahukan telefon kelas andalan dengan kamera yang berprestasi tinggi dan pelbagai fungsi, Galaxy S22 Ultra seharusnya masuk dalam senarai pertimbangan anda.

Baca juga:

  • ‘Fast Charging’ Lagi Bahaya? Jawapannya Adalah Benar Dan Salah Pada Masa Sama
  • Samsung Galaxy S22 Dan S22+ Bermula RM3,499 – Kamera 50MP Dan Snapdragon 8 Gen 1
  • Siri Galaxy S22 Dan Poco F4 GT Sudah Boleh Guna Rangkaian 5G Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress