Dua Bulan Berturut-Turut, iPhone Nombor Satu Di China Tapi Mungkin Tak Lama

Berdasarkan laporan terbaru counterpoint menerusi The Wall Street Journal, Apple kekal menjadi jenama telefon pintar yang paling banyak terjual di China pada November tahun 2021. Ini merupakan dua bulan berturut-turut Apple memegang pasaran di negara tersebut.

Selepas 6 tahun, pasaran telefon pintar yang didominasi jenama peranti dari China akhirnya dipintas Apple buat pertama kali pada bulan Oktober tahun lalu. Faktor utamanya adalah disebabkan siri iPhone 13.

Menurut Counterpoint Research, Apple menerima jualan iPhone sebanyak 23.6% bagi pegangan pasaran pada bulan November di mana menyaksikan peningkatan 22% berbanding bulan sebelumnya.

Apple terus utuh berada di puncak buat bulan selepasnya (November) dan angka ini diikuti vivo dengan pegangan pasaran sebanyak 17.8%. Selain itu, faktor lain yang membuatkan perkara ini terjadi adalah kejatuhan jenama premium telefon pintar Huawei.

Oleh itu, counterpoint menegaskan yang mana situasi Apple ini ibarat gajah berpaut di ranting pokok. Ia akan jatuh juga ke tempat asalnya. Ini kerana mereka menjangkakan bermula Disember 2021 atau Januari 2022, jenama tempatan China seperti OPPO, vivo dan HONOR akan kembali menguasai.

Tambahan lagi, jenama peranti lain dari China itu jauh lebih mampu milik berbanding Apple. Apa-apa pun, dikatakan sekitar 1/5 jualan iPhone sebenarnya datang dari pengguna China.

Sumber: WSJ

Baca juga: