Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Latensi Bluetooth Pada AirPods Pro Hampir 2 Kali Ganda Lebih Baik Berbanding AirPods Pertama

AirPods Pro 2 Mungkin Tak Guna Bluetooth Dan Ada Sokongan Hi-Res

Diterbitkan Januari 3, 2022 · Dikemas kini Januari 3, 2022 oleh Faiz Munir

Setelah hampir 3 tahun AirPods Pro dilancarkan, kini dikhabarkan generasi seterusnya iaitu AirPods Pro 2 bakal dilancarkan dengan membawakan ciri baharu pada model kali ini.

Menurut Ming-Chi Kuo, AirPods Pro 2 ini akan menyokong Apple Lossless Audio Codec (ALAC) atau hi-res. Buat masa ini, peranti Apple yang mempunyai sokongan hi-res ini adalah iPhone, iPad, Mac, Apple TV 4K dan Apple HomePod.

AirPods Pro 2 Mungkin Tak Guna Bluetooth Dan Ada Sokongan Hi-Res

Sokongan hi-res ini sukar untuk diberikan kepada TWS, malah AirPods Max juga tidak dapat sokongan ini. Disebabkan itu, AirPods Pro 2 ini dikatakan mungkin tidak akan menggunakan Bluetooth kerana ciri sambungan tersebut yang menghadkan sokongan hi-res.

Selain daripada sokongan hi-res, AirPods Pro 2 ini akan mempunyai ciri baharu iaitu bekas penyimpanan yang boleh berbunyi. Ini membolehkan pengguna untuk mengesan dimana AirPods Pro ini dengan mendengar pada bunyi yang dikeluarkan. Buat masa ini, ciri ini disertakan pada AirPods itu sendiri dan bukannya pada bekas penyimpanan.

AirPods Pro 2 Mungkin Tak Guna Bluetooth Dan Ada Sokongan Hi-Res

Turut dikatakan bahawa AirPods Pro 2 ini akan menggunakan rekaan yang baharu yang lebih memfokuskan kepada sukan dan mungkin akan dilancarkan pada suku keempat tahun ini.

Sumber: The Verge

Baca juga:

  • Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang MySJ Trace
  • Huawei Terus Jatuh, Jualan Menjunam Lagi Untuk Tahun 2021
  • Samsung Malaysia Sahkan Galaxy S21 FE, Mungkin Masuk Malaysia Tidak Lama Lagi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY