Dron Bersaiz Tapak Tangan Ini Mampu Bergerak Tanpa 'Pilot'

Sekumpulan saintis daripada Universiti Zhejiang di China telah mendedahkan dron yang mampu dikemudi di dalam hutan buluh secara automatik tanpa pemandu.

Berdasarkan video dibawah, 10 dron bersaiz tapak tangan tersebut berkomunikasi sesama mereka untuk mengemudi melalui hutan buluh dan kembali semula kepada formasi asal.

https://www.youtube.com/watch?v=L0fJ0EHHfOA&t=107s

Dron tersebut berkongsi data yang terkumpul melalui kamera pengesan kedalaman padanya dan memetakan kawasan persekitaran mereka.

Sebagai contoh, jika kawasan di depan salah satu dron terhalang, ia akan berkongsi maklumat itu dengan dron yang lain untuk merancang laluan yang baru.

Dron Tanpa Pemandu

Teknik ini boleh digunakan untuk menjejak individu yang bergerak dalam satu-satu kawasan. Oleh itu, teknologi ini mempunyai potensi dalam penggunaan ketika bencana alam, operasi ketenteraan dan tinjauan ekologi.

Walau bagaimanapun, teknologi ini mempunyai potensi untuk menjadi sangat bahaya jika berada ditangan yang salah. Hal ini bukan kerana bilangan dron ini tetapi ciri autonomi mereka sendiri.

Buat masa ini, tiada manusia atau teknologi yang mampu mengawal lebih daripada 1 dron apatah lagi 10 secara serentak. Akan tetapi, teknologi ini membuatkan semuanya itu menjadi kenyataan dan mempunyai potensi ketenteraan yang sangat jelas.

Sumber: The Verge

Gambar utama: Electronic Frontier Foundation

Baca juga:









 

 

Berkaitan