Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
dron mosti

Kerajaan Rancang Perkenal Teknologi Dron Dalam Sukatan Pelajaran

Diterbitkan April 25, 2022 · Dikemas kini April 25, 2022 oleh Nadiah Ab

Kerajaan merancang untuk memperkenalkan industri dan teknologi dron dalam sukatan pelajaran pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Rancangan ini bertujuan untuk melahirkan lebih ramai pemain industri masa depan.

Menteri Datuk Seri Dr Adham Baba berkata MOSTI akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan berkenaan hal ini selaras dengan usaha memperkemas sukatan pelajaran dan menarik minat lebih dalam mata pelajaran STEM.

Adham Baba berkata MOSTI akan mencadangkan agar teknologi dron seperti reka bentuk, penggunaan dan kecerdasan buatan (AI) dimasukkan ke dalam STEM seawal kurikulum sekolah dan kokurikulum.

Buat masa ini, MOSTI sedang bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Johor bersama Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi negeri, Norlizah Nor, untuk mula memperkenalkan teknologi dron melalui kokurikulum di sekolah, institusi pengajian tinggi dan institut kemahiran di Johor.

Beliau turut berkata di samping melibatkan penggunaan dron dalam pelbagai sektor terutamanya industri 4.0 (IR 4.0), peluang pekerjaan juga dapat ditingkatkan serta menaikkan taraf hidup menerusi teknologi.

Sumber: BERNAMA

Baca juga:

  • Siaran Eksklusif Liga Perdana Inggeris Terus Dipegang Astro Sehingga Musim 2024/2025
  • Pos Malaysia Umum Tarikh Akhir Untuk Pos Barang Sempena Aidilfitri
  • Ini Cara Dan Senarai Lokasi ATM Maybank Terpilih Untuk Tukar Duit Raya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY