Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kaedah pendaftaran vaksin covid-19

Doktor Pakar Hospital Putrajaya Bidas Teori Mengarut Yang Tular Didakwa Mampu Hilangkan COVID-19

Diterbitkan Mac 14, 2022 oleh ariff bukhari

Seorang doktor Perunding Perubatan dan PakarNefrologi Dari Hospital Putrajaya bernama Dr. Rafidah Abdullah telah membidas dakwaan yang kononnya dengan berlari sejauh 10 kilometer mampu menghilangkan COVID-19.

Menerusi akaun Twitter rasminya, beliau membidas dan menegaskan bahawa berlari sejauh itu bagi menghilangkan COVID-19 sebagai sesuatu yang mengarut.

Ciapan itu dibuat doktor tersebut sebagai respon terhadap satu video pendekdi laman sosial yang tular memaparkan seorang lelaki melakukan aktiviti sukan selepas beberapa hari disahkan positif COVID-19.

Tetapi selepas bersukan, lelaki di dalam video untuk mendakwa dia sudah negatif dari COVID-19.

Lari 10km “hilangkan” COVID19?

MENGARUT!

1. Bila positif RTKAg, ASINGKAN diri. KUARANTIN. Dah kenapa pergi berlari 10km diluar??? Nak pass kan virus anda kepada orang lain?

Ada juga ya manusia macam ini. Pendapat saya, elok ditangkap saja.

— Dr Rafidah Abdullah (@rafidah72) March 13, 2022

Dalam protokol kesihatan COVID-19 yang baru dikuat kuasakan bermula dari 1 Mac 2022, KKM menyatakan bagi mereka yang positif COVID-19, pesakit diarahkan untuk tidak keluar dari rumah sepanjang tempoh kuaranti yang ditentukan oleh KKM.

Pesakit juga tidak boleh berkongsi bilik dengan ahli keluarga lain yang berada di dalam satu rumah.

Pesakit juga perlu melakukan pemantauan kendiri setiap hari dan laporkan status kesihatan mereka melalui aplikasi MySejahtera.

Juga pesakit diminta untuk sentiasa memakai pelitup muka dan pastikan penjarakan fizikal 1 meter jika perlu berinteraksi dengan ahli keluarganya.

Sumber: Astro Awani

Baca juga:

  • Patuhi Protokol Kesihatan Terbaru Ini Jika Anda Positif COVID-19
  • Patuhi Protokol Kesihatan COVID-19 Ini Jika Status Anda Adalah Kontak Rapat
  • Ikuti Protokol Kesihatan COVID-19 Ini Jika Anda Berstatus Kontak Kasual

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY