Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Dodge Dedah “Muscle Car” Versi EV Pertama Di Dunia, Hambur Kuasa Setinggi 670HP

Dodge Dedah “Muscle Car” Versi EV Pertama Di Dunia, Hambur Kuasa Setinggi 670HP

Diterbitkan Mac 15, 2024 ยท Dikemas kini Mac 15, 2024 oleh ariff bukhari

Pengeluar kereta berpangkalan di AS yang terkenal dengan “muscle car”, Dodge telah melancarkan EV pertama mereka yang bukan sahaja menjanjikan gaya tapi juga berprestasi tinggi.

Masih mengekalkan reka bentuk ikon “muscle car” nya, Dodge berkata, kereta generasi baharu mereka ini yang dikenali sebagai ‘Charger Daytona Scat Pack‘ bersedia untuk memberikan lebih banyak keseronokan yang mengatasi prestasi legenda enjin V8.

“Dengan 670 kuasa kuda, Charger Daytona Scat Pack dijangka menyasarkan pecutan dari 0-60 mph hanya dalam 3.3 saat dan menyasarkan 1/4 batu dalam 11.5 saat.” Dodge.

Dodge Dedah “Muscle Car” Versi EV Pertama Di Dunia, Hambur Kuasa Setinggi 670HP
Dodge menyasarkan jarak 510 km untuk EV ini.
Dodge Dedah “Muscle Car” Versi EV Pertama Di Dunia, Hambur Kuasa Setinggi 670HP

Charger Daytona Scat Pack menampilkan motor elektrik berkembar 335 kuasa kuda dengan satu memacu roda hadapan, dan satu memacu roda belakang.

Gabungan itu menghasilkan 670 kuasa kuda dan anggaran 627 tork segera.

Motor belakang menempatkan ciri pembezaan gelinciran terhad mekanikal (limited slip differential) untuk meminimumkan gelinciran semasa saat pelancaran pacuan semua roda berkuasa tinggi dengan ciri Launch Control untuk pelancaran sempurna.

EV Charger Daytona ini dikuasakan bateri litium-ion voltan tinggi 100.5 kWh yang direka khusus untuk prestasi. Bateri Charger Daytona ini menampilkan kimia aluminium kobalt nikel berketumpatan tinggi.

Dodge Dedah “Muscle Car” Versi EV Pertama Di Dunia, Hambur Kuasa Setinggi 670HP
Bateri voltan tinggi ini memberikan kuasa puncak awal 550 kW dan mengekalkan lebih 500 kW kuasa kepada motor elektrik selama 1/4 batu penuh.

Menurut CNN, EV ini ‘akan mempunyai sistem “ekzos” semata-mata untuk menghasilkan bunyi kuat semasa kereta dipandu’.

Dodge masih belum mengumumkan kos EV baharunya, tetapi ia dikhabarkan berada dalam julat harga USD50,000 – USD60,000.

Berkaitan

  • Huawei MatePad Pro 13.2, Tablet Besar Dan Berkuasa Macam 'Laptop' Tapi Ringan
  • Siri Redmi Note 13, Ciri 'Flagship' Kini Ada Pada 'Midrange'
  • Ini Tiga Telefon Paling 'Trending' Dan Dicari-Cari Pada Tahun 2023
  • Ini 10 Model Skuter Elektrik Yang Layak Terima Rebat RM2400

Sumber: Dodge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY