Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Rangkaian 5G Di Malaysia Bakal Menjangkau 40% Pada Akhir 2022 – DNB

DNB Dan Ericsson Bersama Realisasikan 5G Advanced Di Malaysia

Diterbitkan Februari 29, 2024 · Dikemas kini Februari 29, 2024 oleh Muhd Idham

Digital Nasional Berhad (DNB) mengumumkan kerjasama dengan Ericsson, bagi menjamin Malaysia sebagai negara yang termaju dalam penggunaan rangkaian 5G di dunia.

Ericsson dan DNB akan bekerjasama untuk kes penggunaan rangkaian hujung ke hujung, kebolehpercayaan tinggi dan ciri latensi rendah untuk acara awam seperti penyiaran video langsung, pengawasan industri dan aplikasi automasi industri.

Ericsson juga akan memacu penggunaan 5G untuk syarikat dan Perusahaan Kecil dan Sederhana dengan keupayaan rangkaian baharu dan inovasi untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi digital Malaysia.

Menerusi kerjasama ini juga, DNB dan Ericsson mengukuhkan komitmen untuk memastikan Malaysia terus menjadi negara 5G terkemuka, memanfaatkan teknologi terkini seperti 5G Advanced.

5G Advanced dicipta sebagai model rangkaian yang akan membawa ketersambungan rangkaian 5G kepada kemampuan dan keupayaan yang berasaskan kecerdasan buatan untuk RAN (Radio Access Network) 5G.

Photo 1
Ketiga dari kiri, David Hagebro, Ketua Ericsson di Malaysia, Bangladesh serta Sri Lanka dan Datuk Ahmad Zaki bin Zahid, Ketua Pegawai Strategi DNB.

Kemampanan rangkaian itu akan terus dipertingkatkan dengan pengenalan keupayaan AI termaju baharu untuk mengoptimumkan penggunaan tenaga dan kecekapan bagi rangkaian hijau, mengemudi Malaysia ke arah pelepasan bebas karbon.

David Hägerbro, Ketua Ericsson Malaysia, Sri Lanka dan Bangladesh berkata, rangkaian 5G Malaysia adalah antara 5 teratas di dunia dan sudah memanfaatkan teknologi 5G terkini.

“Malaysia bersedia untuk 5G Advanced dan kes penggunaan baharu yang muncul. Fokus Ericsson adalah untuk berkembang dan mengoptimumkannya sebagai pemboleh untuk menjadikan Malaysia sebuah negara digital terkemuka.”

Pada masa yang sama, Malaysia dijadikan sebagai antara negara terawal di dunia untuk menguji perisian 3GPP R18, ciri yang mempertingkat prestasi rangkaian 5G supaya lebih fleksibel dalam penguasaan liputan .

Berkaitan

  • Syarikat Yang Terpilih Untuk Membangunkan Infrastruktur 5G Malaysia Akhirnya Terjawab
  • 5G Malaysia Paling Konsisten Di Dunia - Ookla
  • (Ulasan) ASUS Zenbook 14 OLED UX3405 - Lebih Kuasa, Skrin Bertambah Cun
  • CelcomDigi Lancar Pelan Prabayar 5G Baharu, Pas Bulanan Serendah RM25
  • Cara Mudah Untuk Melihat "Whatsapp Status" Tanpa Diketahui

Sumber: Siaran Media Ericsson

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY