Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
DJI RS 3 Mini

DJI RS 3 Mini Berharga RM1549, Lebih Ringan Dah Mudah Dibawa

Diterbitkan Januari 10, 2023 · Dikemas kini Januari 10, 2023 oleh Aziah Zulkifli

DJI telah menawarkan sebuah produk baharu di mana pengguna boleh menggunakannya untuk merakam imej dengan stabil walaupun sambil bergerak.

Berkaitan

  • MIUI 14 - Ini 10 Peranti Terawal Yang Mungkin Dapat Kemas Kini
  • TM Roh Dijangka Umum Perincian Mengenai Cip Eksklusif Galaxy
  • Apple Mahu Gantikan Cip Wi-Fi Dan Bluetooth Dengan Cip Buatan Sendiri Menjelang 2025
  • MacBook Air 15 Inci Dijangka Hadir Tahun Ini
  • Nokia 5710 XpressAudio 4G Dengan Fon Putik Terbina Berharga RM339

DJI RS 3 Mini merupakan sebuah penstabil di mana pengguna boleh mengambil gambar dan mencipta kandungan semasa berjalan.

DJI RS 3 Mini

Dengan reka bentuk yang lebih kecil dan pemegang yang ringan, pengguna mampu mencipta kandungan gred profesional dengan lebih mudah.

Ciri Dan Spesifikasi

DJI RS 3 Mini hanya seberat 795g tetapi mampu menanggung berat sehingga 2kg. Beratnya adalah sekitar 50% lebih ringan daripada RS 3 Pro dan 40% lebih ringan daripada RS 3.

Dengan ini, peranti akan jadi lebih mudah dibawa dan disimpan ke dalam beg. Pengguna akan berasa lebih mudah kerana beratnya sesuai untuk membawanya ke penggambaran di luar untuk tempoh masa yang lama.

DJI RS 3 Mini Berharga RM1549, Lebih Ringan Dah Mudah Dibawa

RS 3 Mini boleh menyokong rangkaian gabungan kamera tanpa cermin (mirrorless) atau DSLR.

Gimbal ini boleh menjaga kestabilan imej yang ditangkap walaupun zum telah mencapai panjang fokus maksimum agar tidak perlu mengulangi pengimbangan.

Pengguna tidak perlu fokus kepada gerakan, kerana RS 3 Mini boleh mengikut orang secara tetap dan bertukar antara sudut tinggi dan rendah.

DJI RS 3 Mini Berharga RM1549, Lebih Ringan Dah Mudah Dibawa

Hasilnya, imej yang diberikan tersedia dalam pelbagai pilihan tangkapan. Pengimejan putaran 360° dinamik yang akan memberi kesan visual dan tangkap yang menarik perhatian.

RS 3 Mini dilengkapi dengan skrin sentuh warna penuh yang berukuran 1.4 inci serta butang mod M. Butang ini bertujuan untuk bertukar antara tiga mod yang sesuai dan dail hadapan untuk pemfokusan.

Apa yang lebih menarik tentang ciri ini adalah ia boleh diakses menggunakan sebelah tangan sahaja.

DJI RS 3 Mini Berharga RM1549, Lebih Ringan Dah Mudah Dibawa

RS 3 Mini disertakan dengan pelbagai jenis aksesori seperti pemegang beg bimbit DJI, lampu pengisi luaran atau mikrofon. Port NATO juga tertampil di sisi badan gimbal tersebut.

DJI RS 3 Mini Berharga RM1549, Lebih Ringan Dah Mudah Dibawa

DJI RS 3 Mini menyediakan pengecasan sehingga 10 jam di mana cukup untuk memenuhi keperluan penggambaran untuk sehari. Ia juga menyokong pengecasan sambil digunakan serta boleh dicas sepenuhnya dalam masa 2.5 jam sahaja.

Pengguna boleh memanfaatkan aplikasi Ronin yang dipautkan bersama peranti DJI dengan ciri-ciri seperti berikut:

  • Rakaman trek: Pengguna boleh menetapkan gimbal untuk bergerak sehingga 10 titik pratetap bagi video dinamik.
  • Panorama: Meningkatkan medan penglihatan kamera dengan foto panorama.

Harga dan Ketersediaan

DJI RS 3 Mini mula tersedia untuk pembelian sekarang di laman rasmi Lazada dan Shopee dengan harga RM1,549.

Pengguna boleh merujuk maklumat lanjut di laman sesawang rasmi DJI dan keserasian kamera di SINI.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY