Diskaun Sehingga RM1,900 Bagi Pembelian TV Toshiba Sempena Hari Raya

Bersempena dengan Hari Raya dan ulang tahun yang ke-70, Toshiba TV Malaysia melancarkan kempen "Sinar Raya Bersama Toshiba TV" bermula 10 April 2022 sehingga 31 Mei 2022.

Sepanjang kempen ini nanti, seluruh rakyat Malaysia berpeluang untuk memenangi hadiah menarik dengan promosi pembelian dan diskaun sehingga RM1,900. Model-model TV yang terpilih untuk promosi ini ialah siri TV Z770, M550, C350 dan V35.

Toshiba TV terkenal dengan kualiti visual yang luar biasa dan audio kualiti tinggi yang digabungkan dengan sistem Android dalam menawarkan pengalaman hiburan terbaik.

Jika anda menginginkan pengalaman lebih meluas pada Hari Raya ini, rebut peluang untuk membeli TV M550 65" UHD 4K dengan harga RM3,799 sahaja.

Tambahan lagi, anda juga berpeluang menerima hadiah baucar Touch 'n Go (TNG) bernilai RM100 secara percuma.

Bukan itu sahaja, setiap pembelian model yang terpilih melalui pengedar sah Toshiba dan kedai dalam talian akan menerima peluang menyertai cabutan bertuah.

tv toshiba

Pelbagai siri hadiah ditawarkan melalui cabutan bertuah itu nanti termasuk satu hadiah utama iaitu baucar TNG bernilai RM700, tujuh hadiah tangga kedua berupa baucar TNG bernilai RM70, dan 70 baucar KFC bernilai RM30.

Selain daripada cabutan bertuah, semua pelanggan akan menerima baucar TNG atau KFC percuma untuk setiap pembelian TV terpilih dalam siri Z770, M550, atau C350 (tidak termasuk C350 43") melalui kedai runcit rasmi Toshiba.

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati kempen "Sinar Raya Bersama Toshiba TV" sehingga 31 Mei 2022 ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, layari laman Facebook rasmi Toshiba TV Malaysia.

Sumber: Siaran akhbar Toshiba Malaysia

Baca juga: