Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Jom Sertai Pertandingan “Smartphone Astrophotography” Anjuran Planetarium Negara

Jom Sertai Pertandingan “Smartphone Astrophotography” Anjuran Planetarium Negara

Diterbitkan Mac 30, 2022 oleh ariff bukhari

Dalam usaha “Merakyatkan Sains, Menginsankan Teknologi”,  Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI) menerusi Planetarium Negara akan menganjurkan Pertandingan “Smartphone Astrophotography“.

Pertandingan fotografi ini sudah pun bermula iaitu dari  27 Mac 2022 (Sabtu) dan akan berakhir pada 27 Mei 2022 (Khamis) hadapan pada jam 12.00 malam.

Pertandingan ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 15 tahun dan ke atas.

Foto penyertaan perlulah dihantar bersama dengan imej RAW menerusi e-mel kepada [email protected] beserta maklumat berikut:

– NAMA
– NOMBOR KAD PENGENALAN
– JENAMA & MODEL TELEFON PINTAR (SMARTPHONE)
– TETAPAN TEKNIKAL IMEJ SEPERTI “EXPOSURE TIME, ISO
– TEMA/NAMA OBJEK
pertandingan fotografi planetarium negara
Imej yang terpilih akan dipaparkan di laman Planetarium Negara dan imej yang mempunyai tanda “Like” terbanyak akan berpotensi untuk dinobatkan sebagai pemenang pertandingan ini sekaligus membawa pulang hadiah utama sebuah Teleskop TableTop.
Untuk sebarang pertanyaan dan info lebih lanjut tentang pertandingan fotografi ini, anda bolehlah ajukannya melalui emel [email protected].
Sumber: Facebook Planetarium Negara

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY