Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sinar Raya With Acer_Promo Visual

Acer Lancar Empat ‘Monitor’ Baharu Dan Promosi Raya Sepanjang Bulan Ini

Diterbitkan April 8, 2022 · Dikemas kini April 8, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Acer Malaysia telah melancarkan 4 monitor baharu di samping promosi bersempena Ramadan dan Syawal yang dinamakan Sinar Raya with Acer.

Empat monitor tersebut ialah Predator X28, Acer Nitro EI322QURP, Acer Nitro XZ306CX and Acer CB292CU.

Acer Predator X28 menggunakan IPS Agile-Splendor dan mempunyai resolusi 4K UHD selain sudut penglihatan 178 darjah. Kadar tindak balasnya pula serendah 0.2ms dan kadar segar semula boleh sehingga 152hz overclockable. Untuk warna pula, ia meliputi 90% gamut warna DCI-PC dengan Delta E < 2 serta VESA DisplayHDR.

Predator X28_wp-02

Selain itu, ia juga dilengkapkan ciri perisian seperti Nvidia G-Sync Esports Mode dan NVIDIA Reflex Latency Analyzer. Tidak lupa, TÜV Rheinland Eyesafe juga diiktiraf pada Predator X28 ini. Ia dijual pada harga RM3,699 dengan jaminan selama 3 tahun.

Acer Nitro EI322QURP Wide Quad HD pula ialah monitor dengan skrin lengkung bersaiz 31.5 inci mengunakan panel VA. Kadar segarnya pula setinggi 165Hz.

Ultrawide Full HD Acer Nitro XZ306CX juga hadir dengan skrin lengkung lengkap kadar segar 200Hz yang bersaiz 29.5 inci.

Acer Lancar Empat ‘Monitor’ Baharu Dan Promosi Raya Sepanjang Bulan Ini

Kedua-dua ini mempunyai kadar respons sepantas 1ms dan disertakan Radeon FreeSync™2 atau AMD FreeSync™ Premium. Bukan itu sahaja, EI322QURP dan XZ306CX memiliki liputan warna 93% DCI-P3 dan VESA DisplayHDR.

Hadir bersama stand, kedua-dua ini dijual pada harga RM1,299 dengan jaminan 3 tahun.

Acer CB292CU_wp-03

Manakala Acer CB292CU pula hadir dengan harga RM899. Sesuai untuk penggunaan harian, saiznya sebesar 29 inci mempunyai panel IPS 99% sRGB. Ia juga dipasarkan Acer dengan economic stand dan 2 tahun jaminan.

Sinar Raya dengan Acer

Untuk 1-30 April 2022, Sinar Raya dengan Acer menawarkan rebat sebanyak 10% untuk barangan terpilih. Pelanggan yang membelinya di Acer Retail Stores 1 dan Acer E-Store layak untuk menebus kredit TnG eWallet bernilai sehingga 10% harga pasaran.

Barangan terpilih termasuklah komputer riba, desktop, all-in-one desktop, monitor dan penapis udara (air purifier). Untuk syarat dan maklumat lanjut, sila layari laman web Acer.

Baca juga:

  • Telefon Ni Memang Sedap Buat ‘Gaming’, ‘Power’ Tapi Harga Mesra Poket
  • 5 Sebab Telefon Ini Paling Berbaloi Untuk Dimiliki
  • Bukan Nak Minta Kerja Je Kena Ada Kabel, Nak Internet Laju Pun Kabel Kena Besar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY