Dikatakan Guna Teknologi Tanpa Kebenaran, Ericsson Saman Apple

Syarikat telekomunikasi Ericsson kini sekali lagi mengeluarkan saman kepada Apple berhubung isu 'pergaduhan' lesen paten 5G.

Menurut Ericsson, persetujuan mengenai paten 5G sebelum ini dengan Apple sudah tamat tempoh. Demikian itu, kedua-dua syarikat masih belum menemui kata sepakat untuk memeterai persetujuan yang baharu.

Ini bermakna Apple sekarang ini sedang menggunakan teknologi Ericsson tanpa kebenaran.

Mengikut pemfailan awal Ericsson, mereka bersetuju untuk menawarkan Apple paten multi-mod 5G pada kadar $5 setiap telefon.

Apple walau bagaimanapun mempunyai pendapat berbeza. Mereka merasakan mereka perlu membayar lebih rendah dari apa yang Ericsson tetapkan.

Ini adalah kerana selepas Apple memiliki bisnes modem Intel, mereka berpendapat mereka mempunyai perkongsian paten 5G milik Intel yang sama seperti Ericsson.

Sudahnya kedua-dua syarikat tidak mempunyai kata sepakat dan asyik saling menyaman antara satu sama lain sepanjang tahun 2021 sehinggalah sekarang.

Melihat kepada laman web Ericsson, syarikat itu dikatakan mempunyai 170 kontrak 5G di seluruh dunia. Antara syarikat telekomunikasi yang terlibat dengan kontrak Ericsson termasuklah China Mobile, China Telecom, dan China Unicom.

Sumber: Mydrivers

Baca juga: