Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
study-nixes-mars-life-1 (2)

Tiada Kesan Hidupan Marikh Ditemui Pada Meteorit Di Antartika

Diterbitkan Januari 20, 2022 · Dikemas kini Januari 20, 2022 oleh ariff bukhari

Meteorit yang dianggarkan berusia 4 bilion tahun yang ditemui di Antartika disahkan tidak mengandungi sebarang kesan hidupan di dalamnya.

Ia disahkan oleh saintis selepas lebih sedekad penyelidikan dijalankan ke atas sampel batu meteor tersebut sekaligus menafikan dakwaan NASA pada tahun 1996 dahulu kononnya terdapat hidupan pada meteorit tersebut.

Hasil penyelidikan itu diterbitkan oleh Carnegie Institution for Science’s Andrew Steele di jurnal Science.

Meteorit yang dilabelkan sebagai ALH84001 pada tahun 1996 telah mencetuskan perdebatan ekoran dakwaan NASA yang mendakwa batu tersebut mengandungi hidupan primitif di dalamnya.

Batu tersebut seberat 2 kilogram dan telah ditemui dalam tahun 1984 di Antartika.

Label meteorit itu ALH84001 adalah singkatan kepada Allan Hills 84001 sempena nama dari bukit tempat batu meteor itu ditemui.

Penyelidik menyatakan, satu-satunya cara untuk membuktikan terdapat hidupan di Marikh adalah dengan membawa balik sampel batuan dari planet merah itu ke Bumi untuk dianalisis.

Sumber: phys

Baca juga: Penemuan Salutan Misteri Berwarna Ungu Pada Batuan Marikh Menghairankan Saintis NASA

Saintis Beri Amaran, Lautan Dunia Semakin Panas

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY