Dikatakan Ganas Dan Kurang Ajar, Ibu Bapa Minta Sitkom Mr. Bean Diubah Kategori

Rata-rata antara kita pasti mengenali siri komedi situasi (sitkom) Mr. Bean yang popular pada era 90-an. Pelik tapi benar, sitkom tersebut kini menerima kritikan masyarakat dengan melabel ia terlalu 'kurang ajar dan ganas'.

Mengapa perkara ini tiba-tiba timbul? Ini kerana sitkom Mr. Bean yang dilakonkan Rowan Atkinson itu kembali ditayangkan di laman penstriman Amazon Prime dan Netflix.

Memetik laporan Daily Star UK, ada segelintir ibu bapa dan guru menuntut agar kategori umur diubah untuk memberi amaran kepada penonton bahawa rancangan tersebut mengandungi gurauan kasar, tingkah laku berbahaya dan aksi ganas.

Seperti diketahui, sitkom Mr. Bean dinilai sebagai tontonan umum (U) dari dulu hingga kini. Bermakna, ia sesuai untuk ditonton oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Ada seorang ibu mengatakan beliau terpaksa melarang anaknya yang berusia tujuh tahun daripada menonton Mr. Bean selepas anaknya menonton satu episod yang boleh dikatakan popular, iaitu ketika Mr. Bean mencucuk seorang doktor gigi.

Selain itu, ada juga seorang guru turut bersetuju agar sitkom Mr. Bean ini menerima penilaian semula.

Mereka berpendapat sedemikian kerana terdapat beberapa adegan kurang sesuai untuk ditonton kanak-kanak dan dikhuatiri mempengaruhi tingkah laku mereka.

Bagaimanapun, kebanyakan kanak-kanak yang membesar dengan sitkom Mr. Bean pada waktu dahulu belum pernah lagi "rosak". Mungkin faktor generasi kanak-kanak zaman sekarang berbeza. Sebelum ini juga, banyak laporan melibatkan kanak-kanak yang mudah terpengaruh di mana terbaru, seorang kanak-kanak menembak mati 4 ahli keluarganya disebabkan pengaruh PUBG.

Sumber: kosmo

Baca juga: