Dijangka Lancar Pada 2026, Kereta EV Apple Mungkin Belum Setanding Pesaing

Apple masih belum lagi selesai dalam perancangan mereka untuk menghasilkan kereta elektrik tersendiri.

Namun, dikatakan bahawa projek yang diberi nama Project Titan ini tidak lagi digambarkan sebagai 'mesin' yang boleh dikendali secara automatik dengan sepenuhnya.

Kenderaan EV ini dilaporkan akan mempunyai tayar dan juga pedal yang konvensional dan hanya akan pandu secara automatik di atas jalan raya.

Syarikat ini juga menyatakan mereka sedang cuba sedaya upaya untuk mempercepatkan pelancarannya pada tahun 2026.

Apple dijangka akan menawarkan autonomi yang cukup untuk pengguna bermain permainan video mahupun menonton filem semasa di atas jalan raya.

Namun, pengguna perlu mengendalikan kenderaan ini sewaktu berada di sekitar bandar atau sepanjang cuaca yang buruk.

Apple akan mengeluarkan teknologi bersifat 'hands-free' bermula di Amerika Utara dan akan berkembang dari masa ke masa.

Project Titan telah berkembang untuk beberapa tahun lamanya dan telah mengalami kemunduran dan juga pertukaran strategi yang terlampau ketara.

Syarikat teknologi ini juga sudah mula rasa curiga sejak 2015, malah projek ini juga dikatakan hampir bubar pada tahun 2016. Pembuangan dan penukaran eksekutif juga tidak dapat membantu projek ini untuk berjaya.

Apple mengembalikan semula projek ini namun mereka memerlukan sedikit bantuan dalam proses pengeluaran daripada syarikat kenderaan yang lain seperti Hyundai.

Walau bagaimanapun, untuk menghasilkan sebuah kenderaan di mana autonominya bersifat Level 5 (boleh dipandu dengan sendirinya dalam apa jua keadaan) kelihatan seperti sukar.

Walaupun Apple berjaya menyelesaikan segala cabaran teknikal, mereka tidak mungkin akan mengeluarkan kenderaan tersebut dalam masa yang agak terdekat.

Pertukaran kepada reka bentuk semi-autonomous juga akan membawa kepada persaingan yang sengit.

{suggest}

Sementara Tesla sudah melihat Apple sebagai pesaing, pasaran kenderaan EV semakin berkembang dan meningkat dari tahun ke tahun.

Beberapa jenama yang lain seperti FordVolkswagenHyundai dan Rivian sudah pun menghasilkan beberapa kenderaan elektrik.

Ini menunjukkan bahawa Apple mungkin boleh memasuki persaingan tersebut, namun tiada jaminan untuk syarikat tersebut akan menonjol.

Sumber: Engadget