Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
GENTARI EV

Gentari Sedang Menawarkan Pengecasan Pantas Percuma Untuk Kenderaan Elektrik

Diterbitkan Disember 6, 2022 ยท Dikemas kini Disember 6, 2022 oleh ariff bukhari

Syarikat penyedia solusi tenaga bersih, Gentari Sdn Bhd (GENTARI) memaklumkan bahawa mereka kini sedang menawarkan perkhidmatan pengecasan untuk kenderaan elektrik secara percuma di beberapa lokasi terpilih.

Berdasarkan kepada semakan di akaun rasmi Facebook Gentari dan perkongsian daripada grup Facebook Malaysian Electric Vehicle Owners Club, antara lokasi stesen Gentari yang menawarkan pengecasan percuma adalah di Petronas Gentari Bandar Baru Ayer Hitam dan X Park, Sunway Serene.

Tawaran pengecasan percuma itu telah pun bermula sejak dari 1 Disember lalu dan akan berakhir pada 15 Disember nanti.

Gentari merupakan syarikat subsidiari Petronas di mana mereka baru sahaja melancarkan stesen pengecasan kenderaan elektrik berkuasa setinggi 350kW pertama di Malaysia di X Park Sunway Serene yang terletak di Zon Perindustrian Perdagangan Bebas Sungai Way, Selangor.

Ia juga merupakan pengecas awam terpantas di Asia Tenggara yang turut dilengkapi dengan 2 pengecas pantas DC dan 5 pengecas AC.

Berkaitan

  • MIMOS Bangunkan Motosikal RE-EV Pertama Di Malaysia
  • Pengecas EV Daripada Gentari, Anak Syarikat PETRONAS Kini Tersedia Di 4 Lokasi
  • Selepas Keretapi, China Uji Pula Teknologi 'Maglev' Pada Kereta

Setakat 15 November 2022 lalu, Gentari memaklumkan bahawa mereka mempunyai sebanyak 115 stesen pengecasan di 20 lokasi di Malaysia.

gentari lokasi

Sumber: Gentari, Malaysian Electric Vehicle Owners Club

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY