Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
xiaomi 12 mini

Dijangka Ini Spesifikasi Xiaomi 12 Mini Yang Tak Berapa Mini

Diterbitkan November 16, 2021 oleh Amsyar Latif

Xiaomi dijangka memperkenalkan barisan telefon terbarunya, siri Xiaomi 12 sekitar Disember tahun ini. Kebiasaannya, selepas acara pelancaran cip pemproses andalan Qualcomm yang mungkin dinamakan sebagai Snapdragon 8 Gen1.

Selain itu, siri tersebut biasanya tampil dengan versi standard, pro dan juga Ultra. Namun, mungkin tahun ini sedikit kelainan kerana Xiaomi dijangka mengumumkan Xiaomi 12 mini.

Pun begitu, mini tidak berapa nak mini tetapi ia cukup ‘kompak’ berbanding telefon pintar Xiaomi yang lain. Berdasarkan maklumat yang dikongsikan, Xiaomi 12 mini mungkin adalah Xiaomi 12 Lite atau mungkin peranti ini adalah sama.

Ia hadir dengan skrin 6.28 inci menggunakan paparan rata panel AMOLED, beresolusi FHD+ dan menyokong kadar segar semula 120Hz serta input sentuh 480Hz. Selain itu, dikatakan juga hadir dengan kecerahan sehingga 1500nits dan HDR10+.

Xiaomi 12 mini spek

Dari segi spesifikasi dalaman, versi “mini” itu dijana cip Snapdragon 870 bersama padanan 12GB LPDDR5 RAM dan storan dalaman 256GB UFS 3.1.

Untuk kamera, dijangka dilengkapi 4 tetapan yang menggabungkan 100MP dengan OIS utama, 20MP ultra lebar, 5x zum optikal dan 2x potret. Lain-lain adalah bateri 4700mAh dengan 67W, Bluetooth 5.2, penarafan IP68 dan pembesar suara stereo Harman serta Dolby Atmos.

Harga yang mungkin ditawarkan bermula 3599 yuan (~RM2347) bagi varian 8GB+128GB dan paling tertinggi adalah 4299 yuan (~RM2800).

Walaupun laporan yang dikongsikan ini kelihatan menyeluruh tetapi ia masih lagi dalam status spekulasi. Sama-sama kita tunggu.

Sumber: mysmartprice

Baca juga:

  • Xiaomi 12 Versi Biasa Mungkin Hadir Dengan 100W

  • Xiaomi Perkenal Teknologi Loop LiquidCool – Sistem Penyejukan Baharu Untuk Telefon

  • Dalam Tempoh 3 Tahun, Xiaomi Sasar Untuk Kalahkan Apple Dan Samsung

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY