Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
pelan digi internet freedom

Digi Lancar Internet Freedom Dengan Kuota Internet Tanpa Had Bermula RM130/100Mbps

Diterbitkan Julai 6, 2020 · Dikemas kini Julai 6, 2020 oleh Amalina Athman

Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) hari ini telah melancarkan pelan Digi Internet Freedom baharu, yang menawarkan internet fiber untuk kegunaan di rumah.

Terdapat 3 pelan di bawah Digi Internet Freedom iaitu Digi Internet Freedom 130, Digi Internet Freedom 190 dan Digi Internet Freedom 290. Setiap pelan akan menerima kuota internet tanpa had dengan kelajuan dari 100Mbps hingga 1Gbps.

digi internet freedom

Bagi langganan Digi Internet Freedom 190 serta Digi Internet Freedom 290 yang dipadankan dengan Digi Postpaid 80 dan ke atas, pengguna akan menerima penjimatan sehingga 20% untuk pendaftaran ke 3 talian pascabayar. Setiap talian juga akan menikmati internet tanpa had on-the-go.

Digi Internet Freedom_BM

Pada masa ini, Digi Internet Freedom hanya ditawarkan untuk pengguna yang berada di sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Sabah. Setiap pelan langganan selama 24 bulan akan menerima pemasangan dan penghala (router) secara percuma.

Semakan kawasan liputan boleh dilakukan melalui pautan ini dan untuk maklumat lanjut, layari http://digi.my/internetfreedom atau kunjungi Digi Store terpilih.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
  • Lenovo Legion Go Beam Dilapor Akan Menjalankan Sistem Android
  • Ini Jumlah Kepala Peledak Nuklear Yang Dilaporkan Wujud Di 9 Negara Setakat Ini
  • Platform X Kini Perkenal Ciri Kawalan Ibu Bapa
  • Astro X3 Kini Ditawarkan Tanpa Kontrak, Harga Promosi Bermula RM39.99/Bulan
  • Remaja 18 Tahun Didakwa Godam 11,000 Data Warga Denmark
  • Elon Musk Umum Setiap Kanak-Kanak Di AS Bakal Terima Dua Saham SpaceX
  • Cadangan Tarif AS Sehingga 25% Ke Atas Malaysia Belum Muktamad, Kerajaan Mahu Pastikan Tidak Lebih 19%
©2026 WISER.MY