Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Siri OPPO Reno7 Dah Rasmi, Ada 3 Model Untuk Dipilih

Posted on November 26, 2021

OPPO Reno6 baru saja dilancarkan Mei lalu namun sudah menjadi kelaziman bagi pengeluar dari China untuk mengeluarkan model baru hanya selepas beberapa bulan dirasmikan.

Terkini, OPPO secara rasmi telah memperkenal tiga model baru untuk siri baru mereka, OPPO Reno7. Tiga model tersebut ialah OPPO Reno7,  OPPO Reno7 Pro, OPPO Reno SE, sama seperti kami ura-ura yag kami kongsikan sebelum ini namun masih terhad di pasaran China.

OPPO Reno7 dijana Snapdragon 778G bersama storan sehingga 256GB dan RAM sehingga 12GB. Paparannya pula AMOLED FHD+  dengan kadar segaran 90Hz dalam saiz skrin 6.43 inci. Ia menyokong pengecasan pantas 65W. Kamera utamanya 64MP, ultra lebar 8MP dan sensor tambahan 2MP serta kamera swafoto 32MP.

OPPO Reno7 Pro pula dikuasakan Mediatek Dimensity 1200 MAX, storan sehingga 256GB dan RAM sehingga 12GB. Dengan bezel yang lebih kecil, ia mampunyai skrin AMOLED FHD+sebesar 6.55 inci dengan kadar segaran 90Hz. Baterinya sebesar 4,500 mAh dan sama menyokong pengecasan pantas 65W. Ia turut mempunyai tetapan tiga kamera – 50MP Sony IMX766, 8MP ultra lebar dan 2MP kamera makro serta kamera swafoto pula 32MP.

OPPO Reno7 SE didatangkan dengan MediaTek Dimensity 900 bersama storan 256GB dan RAM sebesar 8GB. Paparannya pula AMOLED FHD+ dengan 90Hz bersaiz 6.43 inci. Ia dilengkapi bateri sebesar 4,500 mAh namun hanya menyokong pengecasan pantas sehingga 33W. Selain itu, ia juga datang dalam tetapan tiga kamera iaitu 48MP dan dua kamera 2MP serta 16MP untuk kamera swafoto.

Harga Reno7 5G bermula dari CNY 2,699 (~RM1790) untuk 8GB+128GB. Oppo Reno7 Pro versi 8GB+256GB dijual pada harga CNY 3,699 (~RM2,460) dan versi 12GB+256GB ialah CNY 3,999 (~RM2,655). OPPO Reno7 SE versi 8GB+128GB dijual dengan harga CNY2,199 (~RM1500) dan versi 8GB+256GB pada CNY2,399 (~RM1590).

Baca juga:

  • OPPO Mengumumkan ColorOS 12, Ini Ciri Baharu Dan Peranti Menyokongnya
  • Bateri OPPO Reno6 5G Cecah Markah Tertinggi di DXOMARK
  • OPPO Menjelaskan Kenapa Pengecasan Pantas 125W Mereka Belum Ditawarkan Sehingga Kini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress