Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Denda Sehingga RM200,000, Penjara 20 Tahun Bagi Pesalah Teknologi Penstriman

Denda Sehingga RM200,000, Penjara 20 Tahun Bagi Pesalah Teknologi Penstriman

Diterbitkan Disember 17, 2021 ยท Dikemas kini Disember 17, 2021 oleh Bangman

Platform penstriman kini semakin popular di kalangan para peminat rancangan, drama, mahupun filem. Kebiasaanya ia datang dengan pakej yang murah dan mempunyai pelbagai siaran daripada serata dunia.

Namun, ada juga individu yang menyalahgunakan teknologi penstriman dengan menjual peranti seperti Android Box yang tidak mempunyai pengiktirafan, dan menyiarkan kandungan secara haram.

Hal ini juga digesa sewaktu Dewan Rakyat bersidang, Ahli Parlimen Setiu menggesa garis panduan agar dilaksanakan ke atas platform penstriman.

Kini, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Rosol Wahid telah membentangkan rang undang-undang bagi meminda Akta Hak Cipta 1987.

Denda Sehingga RM200,000, Penjara 20 Tahun Bagi Pesalah Teknologi Penstriman

Denda sehingga RM200,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun bagi mereka yang melakukan kesalahan berkaitan teknologi penstiman. Ini dinyatakan sebagai antara subseksyen baharu dalam Rang Undang-Undang Hak Cipta (Pindaan) 2021 yang dibentang bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.

Melalui rang undang-undang itu, individu boleh melakukan atau memudahkan pelanggaran hak cipta dalam apa-apa karya, termasuk menjual dan menyewakan sesuatu di dalam teknologi penstriman.

Individu yang melanggar subseksyen itu boleh dihukum denda tidak kurang daripada RM10,000 dan tidak melebihi RM200,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun, atau kedua-duanya sekali.

 

Sumber: Bernama

Baca juga:

  • Ahli Parlimen Gesa Kerajaan Tapis Kandungan Di Platform Penstriman
  • Kerajaan Tak Dapat Kawal Kandungan ‘Liar’ Di Netflix
  • Tan Sri Muhyiddin Tekankan Mengapa DNB Penting Untuk 5G Di Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY