Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-01-10T160907.619

Alienware Perkenal Monitor ‘Gaming’ Dengan Skrin QD-OLED 360Hz

Diterbitkan Januari 10, 2024 ยท Dikemas kini Januari 12, 2024 oleh Muhd Idham

Produk terbaru Alienware yang dilancarkan di CES 2024 tidak berakhir pada komputer riba sahaja tetapi pihak mereka kini menambah produk Alienware yang terdiri daripada monitor gaming Alienware 32 dan Alienware 27.

Alienware 32 4K QD-OLED

aw3225qf front back

Monitor gaming Alienware 32 ini merupakan monitor gaming melengkung pertama di dunia yang menggunakan paparan skrin QD-OLED (3840 x 2160) 4K.

Ia juga mempunyai kadar segar semula 240Hz dan kadar tindak balas 0.03ms serta keupayaan pencerahan sehingga 1000nits.

Selain itu, ia lengkap dengan Super HDR yang disokong Dolby Vision dan VESA DisplayHDR True Black serta kadar lengkungan skrin pada 1700R.

Alienware 32 ini juga disokong dengan ciri NVIDIA G-SYNC dan VESA AdaptiveSync untuk paparan gaming yang lancar serta dilengkapi dengan pencahayaan AlienFX.

Harga yang ditetapkan untuk pasaran tempatan adalah RM3,799 yang dijangka tiba pada awal bulan Februari 2024.

Berkaitan

  • CES 2024 - Acer Kemas Kini Siri Predator Helios Dan Perkenal Siri Predator Helios Neo
  • iPhone Selamat Walaupun Jatuh 16,000 Kaki Dari Pesawat Boeing 737
  • Ubah Suai Rumah Anda Dan Dapatkan TV 4K Dan 'Soundbar' Samsung Dari CelcomDigi Secara Percuma
  • Honda Tayang Model EV Konsep Dan Logo 'H' Baharu, Bakal Dilancar 2026

Alienware 27 360Hz QD-OLED

aw2725df back front

Bagi model Alienware 27 pula, ia menawarkan paparan skrin QD-OLED (2560 x 1440) dengan kadar segar semula 360Hz sekali gus menjadikannya antara monitor gaming pertama dunia yang memiliki ciri tersebut.

Kadar tindak balas bagi monitor ini adalah 0.03ms serta lengkap dengan sokongan daripada AMD FreeSync Premium Pro and VESA AdaptiveSync.

Alienware 27 ini juga dibekalkan dengan pencahayaan AlienFX bagi menepati ciri gaming yang dikehendaki penggunanya.

Juga turut dijangka tiba di Malaysia pada awal bulan Februari 2024 dengan harga RM4,799.

Sumber: Siaran Media Alienware

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY