Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-03-15T092835.223

Dell Lancar Monitor Siri P Dan S, Harga Bermula RM619

Diterbitkan Mac 15, 2024 oleh Muhd Idham

Baru-baru ini, Dell Technologies telah membawa masuk dua siri monitor terbaru mereka iaitu siri monitor P yang menggunakan sambungan USB-C dan siri monitor S hadir tanpa slot USB-C tetapi dipertingkatkan pada sudut pembesar suara.

Monitor P-Series

Dell 27 USB-C Hub Monitor (P2725HE)_Front Shot 1

Monitor siri P yang hadir dengan sokongan sambungan USB-C ini terdiri daripada tiga model sahaja iaitu 24 inci (P2425E dan P2425HE) dan 27 inci (P2725HE). Manakala, model standard masih menggunakan sambungan HDMI.

Selain itu, skrin untuk monitor ini dilengkapi teknologi IPS dan TUV Rheinland bagi memperbaharui ciri ConfortView Plus untuk mengurangkan pancaran cahaya biru sebanyak 35 peratus.

Monitor ini juga mempunyai kadar segar semula 100Hz, resolusi FHD (1920 x 1200) dan memerlukan tenaga elektrik 90W untuk berfungsi.

Harga untuk monitor siri P ini adalah seperti berikut.

  • Dell 24 USB-C Hub Monitor (P2425E) = RM1,509
  • Dell 24 USB-C Hub Monitor (P2425HE) = RM1,199
  • Dell 27 USB-C Hub Monitor (P2725HE) = RM1,909
  • Dell 22 Monitor (P2225H) = RM869
  • Dell 24 Monitor (P2425) = RM1,319
  • Dell 24 Monitor (P2425H) = RM919
  • Dell 27 Monitor (P2725H) = RM1,249

Berkaitan

  • Huawei MatePad Pro 13.2, Tablet Besar Dan Berkuasa Macam 'Laptop' Tapi Ringan
  • Siri Redmi Note 13, Ciri 'Flagship' Kini Ada Pada 'Midrange'
  • Ini Tiga Telefon Paling 'Trending' Dan Dicari-Cari Pada Tahun 2023
  • Pengguna Tegar Samsung Wallet Boleh Dapat Galaxy S24 Bawah RM30 Sahaja
  • Zenfone 11 Ultra Dilancarkan - DNA ROG Phone 8 Dengan Sedikit Perbezaan

Monitor S-Series

S2725DS_Front Shot 2

Bagi monitor siri S pula, ia tidak hadir dengan sambungan USB-C seperti monitor siri P tetapi dibekalkan dengan sambungan dwi-HDMI.

Saiznya terbahagi kepada dua varian iaitu 27 inci QHD dengan resolusi FHD (S2725H dan S2725DS) dan 23.8 inci FHD IPS yang ditarafkan dengan teknologi TUV Rheinland (S2425H dan S2425HS).

Monitor ini juga dilengkapi dengan kadar segar semula 100Hz dan dwi-pembesar suara 5W.

Harga untuk monitor siri S pula adalah seperti berikut.

  • Dell 24 Monitor (S2425H) = RM619
  • Dell 24 Monitor (S2425HS) = RM649
  • Dell 27 Monitor (S2725H) = RM749
  • Dell 27 Monitor (S2725DS) = RM1,079

Namun, ketersediaannya untuk pasaran Malaysia pula dijangka tiba pada akhir bulan Mac 2024.

Sumber: Siaran Media Dell

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY