Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
data leak_

Data 262,000 Pengguna Maxis Didakwa Telah Tertiris

Diterbitkan Januari 9, 2023 ยท Dikemas kini Januari 9, 2023 oleh Amalina Athman

Data yang melibatkan kira-kira 262,000 pengguna Maxis kini didakwa telah tertiris di forum pangkalan data Breached.

{suggest}

Seorang individu dengan nama ‘actifedot’ mendakwa sejumlah data pengguna telah diambil melalui laman web www.maxis.com.my/zh/home/. Dinyatakan, data tersebut juga adalah data baharu yang tidak pernah dibocorkan di mana-mana platform.

Format fail dalam bentuk JSON dan CSV itu didakwa mempunyai maklumat peribadi seperti nombor telefon, nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat penuh dan sebagainya.

maxis data leak

Dalam pada itu, individu berkenaan juga mendakwa jika data tersebut dimuat turun melebihi 1,000, pihaknya akan turut membocorkan sebahagian data TNB tidak lama lagi.

Sebagai rekod, ini bukanlah kali pertama individu berkenaan menyenaraikan data pengguna dalam laman web itu. Terdahulu, data lebih 800,000 pengguna yang didakwa diperoleh melalui sistem Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga telah dijual secara dalam talian oleh individu yang sama.

Buat masa ini, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak Maxis berhubung dakwaan tersebut.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY