Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
hack hacker kebocoran data

Data 13 Juta Pengguna Didakwa Sedang Dijual – Libatkan Pengguna SPR, Maybank, Astro

Diterbitkan Disember 30, 2022 ยท Dikemas kini Disember 30, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Seorang individu di forum Breached berkongsi serba sedikit data peribadi pengguna yang dijual, menjumlahkan sehingga 13 juta pengguna daripada SPR (dipercayai merujuk pada Suruhanjaya Pilihan Raya), Astro dan Maybank.

Berdasarkan pecahan disediakannya, 7.2 juta pengguna ialah daripada SPR, 3.5 juta daripada Astro dan 1.8 juta daripada Maybank.

13 Millions Malaysian Bank Leak [ MayBank,SPR,Astro ] _ BreachForums

Hantaran tersebut diterbitkan pada 25 Disember baru-baru ini.

Antara data didedahkan individu tersebut ialah nama, nombor kad pengenalan, alamat dan nombor telefon.

Untuk data pengguna Astro, ia menyenaraikan sehingga 3 nombor telefon untuk setiap individu.

13 Millions Malaysian Bank Leak [ MayBank,SPR,Astro ] _ BreachForums (1)

Individu dengan nama ‘Nimori’ itu turut menyediakan pautan ke Telegram-nya namun tidak mendedahkan sebarang maklumat lanjut seperti harga dijual mahupun bila data-data itu diperoleh.

Berkaitan

  • Ini Cara Buat Semakan Jika Maklumat Peribadi Anda Terdedah Melalui Kebocoran Data Facebook
  • Tiada Kebocoran Data Maklumat Seperti Didakwa - JPN
  • Terima OTP dari MySejahtera? KKM Nafi Kebocoran Data MySejahtera
  • Dakwaan Kebocoran Data Pengundi Adalah Tidak Benar - Hamzah
  • AirAsia Sahkan Insiden Serangan Siber Terhadap Sistem Mereka
  • Meta Nafi Laporan Berkenaan Ketirisan Data Melibatkan 11 Juta Akaun WhatsApp Dari Malaysia
  • Kementerian Komunikasi Dan Digital Siasat Dakwaan Insiden Ketirisan Data Penumpang AirAsia
  • Ini Kesemua Pelan Prabayar Dan Pascabayar Yang Ada 5G Di Malaysia Sekarang
  • Ubah Segera Tetapan Ini, Elakkan Facebook Tahu Aktiviti Perbankan Dan Laman Sesawang Anda Layari

Sebelum PRU15, memang ada pendedahan yang menunjukkan data daripada SPR sudah bocor yang melibatkan 800,000 pengguna. Akan tetapi, Hamzah Zainudin menafikan ketirisan tersebut

Pangkalan Data MySPR Dengan Lebih 800,000 Pengguna Didakwa Dijual Dalam Talian

Melalui ruangan komen di hantaran Pendakwah Teknologi di Facebook, seorang netizen mengesahkan ada maklumat pengguna yang dibocorkan Nimori ialah benar berdasarkan cubaannya membuat pemindahan melalui ciri DuitNow.

Perkara ini sangat serius kerana melibatkan sebuah badan kerajaan yang mana majoriti rakyat Malaysia menggunakan perkhidmatannya iaitu SPR.

Sebelum itu, tular dakwaan data daripada JPN turut bocor namun sama dinafikan oleh Hamzah yang ketika itu memegang jawatan Menteri Dalam Negeri.

Ini satu dakwaan yang serius, melibatkan jumlah data yang banyak.

Saya akan minta CyberSecurity Malaysia, JPDP siasat apakah benar berlaku kebocoran data melibatkan pihak-pihak berkenaan, serta mengambil tindakan berdasarkan undang-undang. https://t.co/ZvaTJajVje

— Fahmi Fadzil ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ (@fahmi_fadzil) December 30, 2022

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil telah pun memberi respons berkenaannya. Katanya, beliau sudah meminta CyberSecurity, JPDP menyiasat tentang dakwaan ini. Tindakan berdasarkan undang-undang juga akan diambil.

Sumber: Nimori

Gambar utama: Tima Miroshnichenko

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY