Dapatkan Realme X2 Pro Pada Jualan Pertamanya Bermula Jam 12 Malam Ini

Penantian yang ditunggu-tunggu selama ini telah tiba di penghujungnya apabila realme Malaysia telah mengumumkan bahawa peranti idaman ramai keluaran terbaharu mereka, iaitu realme X2 Pro boleh mula didapatkan pada tanda harga RM 2399.

Selain membuat pembelian ke atas telefon pintar ini, anda juga boleh turut serta dalam menyertai cabutan bertuah yang dianjurkan di DirectD Gadget MEGA Store (PJ) dan berpeluang memenangi wang tunai sehingga RM 2399. Acara tersebut akan bermula pada jam 9:30 malam ini.

Hadiah utama cabutah bertuah adalah seperti berikut:

  • Pertama - RM 2399

  • Kedua - RM 1000

  • Ketiga RM 500


 



Di lokasi yang sama juga, pada jam 12 tengah malamnya pula, anda sudah boleh mula mendapatkan realme X2 Pro yang tersedia dalam pilihan warna Lunar White dan Neptune Blue, dan bagi mereka yang membuat pembelian pada jualan luar talian ini, mereka akan menerima barangan eksklusif seperti Buds Wireless, realme Backpack dan PowerBank.

realme X2 Pro merupakan sebuah peranti kelas flagship dilengkapkan dengan skrin Super AMOLED 6.5 inci dan menggunakan cip Snapdragon 855 Plus. Tampil dengan tetapan kuad kamera yang turut disediakan dengan barisan lensa 64MP + 13MP + 8MP + 2MP. Dengan sokongan pantas 50W SuperVOOC Flash Charge untuk mengisi bateri yang berkapasiti 4000mAh, ia berupaya memenuhkannya dalam masa 28 minit.

Selanjutnya, anda boleh menekan pautan ini untuk mendapatkan maklumat berkaitan jualan pertama realme X2 Pro.