Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Galaxy TabPro S Mahu Mencabar Surface Pro

Galaxy TabPro S Mahu Mencabar Surface Pro

Diterbitkan Oktober 18, 2016 ยท Dikemas kini Oktober 23, 2016 oleh Haikel Areff
Galaxy TabPro S Mahu Mencabar Surface Pro

Galaxy TabPro S Mahu Mencabar Surface Pro

Samsung telah pun melancarkan peranti Galaxy Tab Pro S pada awal tahun ini tetapi syarikat dari Korea itu akan menaik taraf peranti mereka. Kini ianya akan diberi nama TabPro S Gold Edition yang akan memiliki paparan AMOLED dan papan kekunci yang boleh dibuka dan dipasang yang sama seperti model sebelum ini. Antara perubahan baru yang akan di tampilkan adalah peranti ini akan dibina dengan RAM sebesar 8GB berbanding model sebelum ini iaitu dengan RAM bersaiz hanya 4GB. Dan ianya akan datang dengan storan dalaman bersaiz 256GB , 128GB untuk model sebelum ini.

Selain daripada itu, tablet dari Samsung ini juga akan menampilkan rekaan warna emas. Dari segi spesifikasi yang lain, tiada yang berubah. Model Galaxy Tab Pro edisi Gold ini masih memiliki paparan skrin bersaiz 12inci dengan paparan 2160 x 1440 pixel Super AMOLED, Pemproses Intel Core M3-6Y30, HDMI dan port USB 3.0.

Samsung mahu melonjakkan tablet mereka dalam usaha untuk bersaing dengan Microsoft Surface Pro. Tablet ini mempunyai rekaan yang sangat nipis dengan hanya memiliki ketebalan 6.3 mm dan mempunyai berat 693 gram. Walaupun ianya nipis, tablet ini mempunyai ketahanan bateri yang agak memuaskan dengan 10.5 jam penggunaan dan ianya juga dibina dengan keupayaan ‘fast charging’.

Sumber: Engadget

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MCMC Lantik TM Bangunkan Projek Kabel Dasar Laut MADANI Bernilai RM2.7 Bilion
  • EV Kini Bantu Jimatkan 1.2 Juta Tong Minyak Global Sehari - Laporan
  • Apple Pay Kini Sokong Kad Public Bank
  • Cat 'Serap' Karbon Dan Pantul Haba Ciptaan Penyelidik UTM Sasar Pasaran Global
  • HONOR Magic9 Pro Max Kini Boleh Ditempah Di Malaysia, Hadiah Bernilai RM5,006 Untuk Pembeli Awal
  • ChatGPT Kini Gantung Akses 24 Jam Jika Cuba Cari CSAM
  • Apple Didakwa Rancang Usia Usang Peranti Bagi Meningkatkan Jualan iPhone
  • GrabPay Bakal Tambah Sokongan DuitNow Transfer
©2026 WISER.MY