Selepas mendapat 3 chicken dinners di dalam peta Vikendi, Sanhok dan Miramar, RRQ Athena yang mengumpul 211 mata pada acara itu telah berjaya merangkul kejuaraan dengan membawa pulang jumlah keseluruhan 35 ribu USD.
Bersama-sama dengan RRQ Athena, pasukan Illuminate The Murder yang mendapat tempat kedua kini telah menempah tiket ke Global Final Stage yang akan berlangsung di Putra World Trade Centre (PWTC) pada 29 November hingga 1 Disember nanti.
Tambahan lagi, Yoodo Gank juga akan pergi ke Global Final ini sebagai pasukan dari negara tuan rumah yang dijemput.
PMCO yang dikuasakan oleh Tencent dan PUBG Corporation telah ditaja oleh Vivo yang menjadikan Vivo V17 Pro sebagai peranti rasmi bagi keseluruhan acara tersebut.
Dengan bantuan Vivo V17 Pro, para pemain dapat meningkatkan tahap permainan dengan mudah dan merasai pengalaman bermain yang sungguh lancar seperti:
- Teknologi pecutan Multi-Turbo secara aktif menghidupkan sistem operasi untuk memastikan pengguna boleh menikmati prestasi permainan yang lebih menggembirakan.
- V17 Pro ini dilengkapi dengan ciri-ciri lain seperti Game Center yang boleh bertindak dengan cepat untuk memeriksa prestasi telefon untuk memastikan pengalaman permainan yang mendalam.
- Telefon pintar ini juga dilengkapi dengan "Voice Changer" yang boleh menambah lebih keseronokan ke dalam masa permainan dengan pelbagai suara untuk memadankan dengan watak-watak permainan.
"Dengan tujuan memenuhi keperluan pelanggan untuk dapatkan pengalaman mudah alih yang terbaik, kami menawarkan produk yang dilengkapi dengan teknologi terkini. Kami menawarkan Vivo V17 Pro kepada gamers dengan 'Multi-Turbo', satu alat yang berguna untuk pemain", kata Mike Xu, Ketua Pegawai Eksekutif Vivo Malaysia.
Selepas kejayaan yang sangat baik dapat di lihat pada PMCO 2019 baru-baru ini, Ketua E-sport untuk PUBG Mobile di rantau Asia Tenggara, Gaga Li turut mengumumkan rancangan baru mereka bagi menganjurkan kejohanan PUBG Mobile 2020 dalam skala yang lebih besar. Sama-sama kita nantikan.
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai permainan PUBG ini, anda boleh lihat terus laman Facebook rasmi mereka di PUBG MOBILE.
Berkaitan
- GST Dimansuhkan, Huawei dan Acer Tawar Diskaun 6% Untuk Produk Keluaran Mereka
- Jam Pintar Titan Juxt Pro Saingan Hebat Apple Watch
- PUBG Dijangka Ke PlayStation 4 Bulan Hadapan
- iPhone 2019 Dilapor Bakal Hadir Dengan Rekaan Kamera Utama Menyerupai Huawei Mate 20
- Kenapa Produk Apple Tak Ditampal Pelekat 'Apple Inside'
- Snapdragon Wear 1200 -Pemproses Baru Untuk Wearable
- OPPO R15 Pro- Peranti Dwi-Kamera OPPO Dilancarkan Di Malaysia Dengan Harga RM 2,399
- Xiaomi Mi Max 3 Pro Pula Tersenarai Pada Laman Sesawang Qualcomm
- iPhone X Kalahkan Pixel 2 Dan Mate 10 Pro Dalam Penilaian Fotografi DxOMark Dengan Markah 101
- Vivo AR Glass, Hidup Dengan Lebih Interaktif Dalam Era 5G