Dapatkan OPPO Reno2 Dengan Faedah 0% Apabila Guna Kredit Aeon

Antara penawaran utama pada peranti terbaru OPPO Reno2 adalah peningkatan prestasi videografi yang lebih baik berbanding model Reno yang sebelumnya.

Untuk memberikan peluang kepada peminat-peminat OPPO untuk memiliki peranti tersebut, OPPO kini sedang bekerjasama dengan Aeon untuk memberikan tawaran yang terbaik dan sesuai dengan permintaan peminat mereka.



Anda boleh mendapatkan OPPO Reno2 dengan faedah 0% untuk ansuran selama 12 bulan dengan menggunakan kredit Aeon (khusu untuk pelanggan Aeon). Anda tidak memerlukan penggunaan kad kredit dan tiada pula bayaran deposit yang akan dicaj.

Memperlengkapkan lagi pengalaman penggunaan, OPPO menawarkan Reno2 kepada pengguna dengan paparan AMOLED yang lebih terang menerusi ciri sunlight screen.



Penggunaan kredit Aeon ini boleh digunakan di setiap kedai konsep, dan beberapa kedai yang terpilih dari sekarang sehingga 30 November 2019 nanti. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkannya.