Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-06-28T154133.755

Dapatkan OPPO A3 Pro 5G Lebih Awal Di CelcomDigi, Serendah RM199

Diterbitkan Jun 28, 2024 oleh Muhd Idham

Selain daripada siri OPPO Reno12 5G, OPPO Malaysia juga telah melancarkan produk telefon pintar baharu yang akan memenuhi ruang dalam siri A iaitu OPPO A3 Pro 5G dengan rekaan yang lebih kurang sama.

Screenshot 2024-06-28 150004
Moonlight Purple
Screenshot 2024-06-28 145950
Starry Black

Telefon ini menggunakan cip MediaTek Dimensity 6300 dan juga dilengkapi dengan GPU ARM Mali-G57, memori LPDDR4X serta storan UFS 2.2. Turut menjalankan sistem operasi ColorOS 14.0.1.

Skrinnya pula adalah jenis LCD 6.67 inci dengan resolusi HD+ (1604 × 720) dan kadar segar semula 120Hz.

Model ini juga lengkap dengan kamera utama 50MP, potret 2MP dan swafoto 8MP. Kualiti rakaman videonya adalah 1080P 60FPS.

Bateri telefon ini hadir dengan kapasiti 5,100mAh serta disokong pengecasan 45W SUPERVOOC.

Lain-lain ciri adalah dwi-slot kad SIM, NFC, Wi-Fi 5, Bluetooth 5.3 dan bicu audio 3.5mm.

Jika anda berminat, OPPO A3 Pro 5G ini boleh didapatkan lebih awal dengan kaedah pembayaran ansuran serendah RM199 selama 24 bulan.

Ketibaannya secara rasmi di cawangan OPPO seluruh Malaysia ditetapkan pada 11 Julai 2024 pada harga RM1,099 dengan tawaran jaminan pelindung skrin selama 180 hari untuk yang membeli dari 28 Jun hingga 31 Julai 2024.

Beli produk OPPO di:

Shopee – https://invl.io/cll2okf

Lazada – https://invol.co/cll2oki

TikTok – https://www.tiktok.com/@oppomalaysia

Berkaitan

  • (Ulasan) OPPO Reno12 Pro 5G - Rekaan Lama, Prestasi Baik Tapi AI Biasa
  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Inisiatif Digital MDEC Dan KPT Pacu Masa Depan Pendidikan Tinggi Negara
  • ASUS Vivobook S 15 Dan Zenbook S 16 Dijual Pada Harga Bermula RM6,299
  • Ini 5 Ciri RTX AI Dalam Kad Grafik NVIDIA

Sumber: Siaran Media OPPO Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY