Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-06-27T150929.118

Siri OPPO Reno12 5G Kini Di Pasaran, Harga Bermula RM2,199

Diterbitkan Jun 27, 2024 · Dikemas kini Jun 27, 2024 oleh Muhd Idham

Hari ini, OPPO telah melancarkan siri produk telefon pintar terbaru iaitu siri OPPO Reno12 5G yang terdiri daripada versi standard dan Pro. Kali ini, ia memfokuskan kepada ciri kemahiran teknologi kecerdasan buatan dan juga kameranya.

Siri OPPO Reno12 5G Kini Di Pasaran, Harga Bermula RM2,199

Sebagai perkenalan, versi Pro menggunakan cip MediaTek Dimensity 7300-Energy (2.5 GHz) serta dilengkapi dengan GPU Arm Mali-G615 dan menjalankan sistem operasi ColorOS 14.1 berasaskan Android 14.

Untuk skrin, ia hadir dengan jenis AMOLED 6.7 inci pada kadar segar semula 120Hz, resolusi 2412 × 1080 dan perlindungan skrin Corning Gorilla Glass Victus 2.

Kamera telefon ini terdiri daripada 50MP OIS utama, 50MP telefoto, 8MP ultra lebar dan 50MP swafoto.

Bateri pula berkapasiti 5,000mAh dengan sokongan pengecasan 80W SUPERVOOC.

Lain-lain ciri yang hadir untuk OPPO Reno12 Pro 5G ini adalah dwi-slot kad SIM, NFC, Bluetooth 5.4, IR Blaster, Wi-Fi 6, pengimbas muka dan cap jari. Juga hadir dengan memori LPDDR4X dan storan UFS 3.1.

Untuk model standard, tidak banyak perbezaan dengan model pro di mana skrinnya dilindungi Corning Gorilla Glass 7i. Sementara kameranya pula merangkumi 50MP utama, 8MP ultra lebar, 2MP makro dan 32MP swafoto.

Harga yang telah ditetapkan untuk siri OPPO Reno12 5G ini adalah RM2,199 (12+512GB) untuk versi standard dan RM2,599 (12+512GB) untuk versi Pro.

Setiap pembelian daripada 27 Jun hingga 7 Julai 2024, OPPO menawarkan baucar diskaun sebanyak RM100 untuk setiap model.

Beli produk OPPO di:

Shopee – https://invl.io/cll2okf

Lazada – https://invol.co/cll2oki

TikTok – https://www.tiktok.com/@oppomalaysia

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • vivo Beri Diskaun RM200 Untuk V30 5G Dari 28 Jun 2024 Sempena UEFA EURO 2024
  • Filem Aksi Langsung 'Street Fighter' Akan Disiarkan Pada Tahun 2026
  • Alat Kawalan Steam Akan Rasmi Tahun Ini, Macam 'Controller' Xbox
  • Xbox Akan Rancang Strategi Pemasaran Untuk Menghadapi 'Demam' GTA 6

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY