Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Permintaan Yang Tinggi, Jenama Komputer Riba Ini Akan Naikkan Harga Jualan

Dana e-Sukan KBS 2024 Meningkat Kepada RM1 Juta, Permohonan Dibuka

Diterbitkan Ogos 7, 2024 ยท Dikemas kini Ogos 7, 2024 oleh ariff bukhari

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Esports Integrated (ESI) telah melancarkan Dana Esukan KBS 2024 (Edisi Kedua) khusus untuk para pemegang taruh dan peminat ekosistem e-sukan tempatan.

Dalam edisi kedua ini, jumlah peruntukan dana telah digandakan kepada RM1 juta bagi membantu lebih banyak program dan inisiatif e-sukan dianjurkan di negara ini.

Susulan Dana E-sukan KBS (Edisi Pertama) yang telah berlangsung dari November 2023 hingga Februari 2024, sebanyak RM250,000 telah diluluskan dan disalurkan kepada 14 penerima daripada 108 permohonan.

Oleh itu, dengan peningkatan peruntukan dana dalam Edisi Kedua ini, dijangka dapat memberi impak positif kepada lebih ramai penerima manfaat serta memacu pertumbuhan ekosistem e-sukan negara.

Dana e-Sukan KBS 2024 Meningkat Kepada RM1 Juta, Permohonan Dibuka

Dana Esukan KBS diwujudkan bertujuan untuk memberi galakan kepada penggiat industri e-sukan tempatan supaya mereka dapat menganjurkan lebih banyak program, pertandingan dan acara e-sukan serta merancakkan ekosistem e-sukan negara.

Dana ini meliputi pelbagai inisiatif, termasuk pembangunan bakat, penganjuran acara dan pertandingan e-sukan, menaik taraf kemudahan e-sukan, inisiatif sains dan penyelidikan e-sukan, serta program e-sukan komuniti.

Pertubuhan kecil, kelab, persatuan dan syarikat yang memerlukan bantuan dana bagi penganjuran program, pertandingan dan acara e-sukan dipelawa untuk memohon dana ini.

Dana berjumlah RM1 juta tersebut dibahagikan mengikut dua kategori berikut:

dana esukan
Semua permohonan yang lulus dan berjaya mestilah menganjurkan acara / program sebelum 30 November 2024.

Permohonan Dana Esukan KBS 2024 hendaklah dibuat secara dalam talian menerusi pautan https://esportsintegrated.com/2024/07/24/dana-esukan-kementerian-belia-sukan-2024/ sebelum tarikh tutup permohonan iaitu pada 27 Ogos 2024.

Berkaitan

  • Stadium e-sukan Di Arab Saudi, Ada Skrin Terbesar Di Dunia Serta Kerusi Haptik 4D
  • Beli Barang Elektronik Lebih Berbaloi Di Platform Ini
  • Dakwa 'Kesilapan Operasi', Meta Kembalikan Semula Hantaran PM
  • Kos Bangunkan Media Sosial Tinggi, Bukan Keutamaan Kerajaan Buat Masa Ini - Fahmi

Sumber: Siaran media KBS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY