Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Elon Musk Berada Sendiri Di Kompleks Gua Tham Luang Bagi Membantu Operasi Menyelamat

Elon Musk Dakwa Matahari Akan Jadi Punca Manusia Pupus Tapi Beliau Ada Penyelesaiannya

Diterbitkan Januari 19, 2022 oleh ariff bukhari

Baru-baru ini satu artikel telah diterbitkan di laman Biological Reviews bertajuk “The Sixth Mass Extinction: fact, fiction or speculation?“.

Artikel itu mendakwa kini mungkin sedang berlakunya insiden kepupusan ke-6 terbesar di dunia yang berpunca daripada tangan-tangan manusia sendiri.

Kepupusan besar-besaran ke-6 ini didakwa mungkin sedang berlaku selepas dunia merekodkan 5 insiden kepupusan besar-besaran pelbagai spesis hidupan dunia yang berpunca daripada fenomena alam semulajadi berjuta tahun lalu.

Penyelidikan itu dibuat oleh ahli biologi dari University Hawai’i di Manoa dan Museum National d’Histoire Naturelle di Paris, France.

Penerbitan artikel tersebut telah mendapat perhatian daripada CEO Tesla dan SpaceX, Elon Musk.

Beliau mendakwa, punca kepada kepupusan pelbagai spesis hidupan dunia termasuklah manusia adalah disebabkan oleh Matahari.

Beliau menyatakan, penyelesaian kepada isu tersebut adalah dengan manusia memulakan kehidupan di planet-planet lain.

There is a 💯 chance of *all* species extinction due to expansion of the sun, unless humanity makes life multiplanetary

— Elon Musk (@elonmusk) January 16, 2022

Pandangan Elon Musk adalah hampir sama dengan apa yang dikatakan oleh Jeff Bezos yang menegaskan bahawa manusia akan hidup di planet-palnet lain pada masa hadapan.

Malah Jeff Bezos juga turut menyatakan pada masa akan datang manusia akan lahir di angkasa lepas, dan Bumi hanya akan jadi destinasi percutian pada masa hadapan.

Sumber:  Newsmax, Marca, Biological Reviews ,  iTech Post

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY