Maxis mengatasi Celcom, DiGi, uMobile dan Unifi bagi kategoti tersebut. Malah Maxis juga turut dinobatkan sebagai juara bagi kelajuan muat turun.
Maxis menerima markah sebanyak 60/100 bagi penstriman Video, 55.3/100 bagi penstriman permainan dan mencapai kelajuan muat turun 4G sehingga 16.9Mbps.
Walaubagaimanapun, penyedia utama rangkaian internet di Malaysia, Unifi berada di tangga terbawah bagi hampir semua kategori rangkaian mudah alih.
Unifi menerima markah terendah bagi kategori penstriman video, muat turun, muat naik, dan liputan 4G mudah alih di Malaysia.
Namun begitu, Unifi masih menerima skor yang baik dan bersaing rapat dengan penyedia rangakaian internet mudah alih yang lain untuk kategori permainan mudah alih, panggilan menerusi aplikasi suara dan capaian 4G.
Sebelum ini telah dilaporkan bahawa U Mobile telah menjadi penyedia rangkaian internet mudah alih yang paling ketara meningkat naik antara separuh pertama tahun 2019 hingga separuh pertama 2020
Berkaitan
- CelcomDigi Tawar Kelajuan Fiber Sehingga 1Gbps Di i-City
- Digi Menaik Taraf Kapasiti Di Kawasan Trafik Tinggi Serta Menambah Baik Liputan Semasa PKP Menyeluruh
- Maxis Respon Langkah Baru Kerajaan Pelaksanaan 5G
- Huawei Membantu Celcom Menangani Kesesakan Trafik Dan Kelancaran Peralihan Rangkaian 4G Kepada 5G
- Sambar 3 Model iPhone Ini Dengan Diskaun RM240 Eksklusif Dari Digi
- Digi Tawar Telefon Percuma Sempena Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia
- Untuk Masa Terhad, CelcomDigi Kini Tawar Data Internet 5G Sehingga 1TB
- Digi Mengajak Pelajar Malaysia Sertai ‘Pertandingan Pengaturcaraan #BolehCode’
- Tak Faham Dengan Notis Privasi CelcomDigi? Lihat Infografik Ini
- Ramadan Tiba Beri Kesan Pada Kelajuan Purata Muat Turun 4G Di Awal Pagi - Opensignal