Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Digi

Digi Menaik Taraf Kapasiti Di Kawasan Trafik Tinggi Serta Menambah Baik Liputan Semasa PKP Menyeluruh

Diterbitkan Jun 4, 2021 · Dikemas kini Jun 4, 2021 oleh ariff bukhari

Walaupun ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Menyeluruh, Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) memaklumkan bahawa mereka akan terus membantu para pelanggan mereka agar dapat kekal terhubung dengan kehidupan sosial, pembelajaran, dan pekerjaan masing-masing ketika penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Menyeluruh sekarang.

Malah Digi juga menaik taraf kapasiti di kawasan trafik tinggi serta menambah baik liputan kawasan terbuka dan tertutup ekoran peningkatan penggunaan internet oleh orang ramai bagi tujuan pembelajaran serta pekerjaan dalam talian.

Selain itu, Digi turut menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan, termasuk faedah tambahan dalam tempoh terhad bagi memenuhi keperluan serta mengikut kemampuan para pelanggan mereka yang berbeza.

Antara tawaran menarik Digi yang sedang ditawarkan adalah seperti menikmati masa berbual tambahan sebanyak 10% apabila menambah nilai dalam talian bagi pelanggan prabayar Digi.

Bagi pelajar Malaysia yang berusia 12-24 tahun pula, Digi menawarkan Pakej Data Khas Pelajar Digi dengan hanya RM20/sebulan sahaja. Pakej ini hadir dengan internet 15GB berkelajuan tinggi berserta tempoh sah selama 30 hari.

Bagi mengetahui lebih lanjut tentang tawaran-tawaran menarik dari digi, layari laman rasmi Digi.com.my

Sumber: Digi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
©2026 WISER.MY