Digi Tawar Telefon Percuma Sempena Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia

Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) melancarkan kempen Juara Internet Malaysiaku dengan menawarkan peranti percuma, internet tambahan dan rebat pelan di samping penjimatan yang lebih besar buat seluruh rangkaian produk prabayar, pascabayar dan fibre Digi.

Kempen tersebut bermula dari 1 Ogos hingga 30 September 2022.

Sepanjang tempoh kempen, pelanggan Digi boleh mendapatkan peranti percuma bersama kuota internet tambahan dan penjimatan menarik melalui tawaran Pakej PowerJimat dan pelan Postpaid Family Unlimited.

Berikut adalah senarai peranti percuma yang boleh direbut anda:

  • PERCUMA Samsung Galaxy Tab A7 Lite dengan pendaftaran Digi Postpaid Family Unlimited.

  • PERCUMA Samsung A03 dengan Pakej PowerJimat untuk pelan Digi Postpaid 40.

  • PERCUMA Samsung A03, Redmi 10A, vivo Y15S dan OPPO A16 dengan Pakej PowerJimat untuk Digi Postpaid 60.

  • PERCUMA Samsung A13 dengan Pakej PowerJimat untuk Digi Postpaid 90.




Selain itu, pelanggan baharu dan sedia ada yang menukar atau menaik taraf ke Digi Postpaid 40, 60 atau 90 akan menikmati Internet tambahan 10GB selama 12 bulan.

Pelanggan Digi Postpaid 120 dan 150 pula akan mendapat sehingga 50 peratus tambahan kuota Internet.

Pelanggan baharu dan sedia ada yang menaik taraf ke pelan Digi Postpaid 90 ke atas akan mendapat rebat tambahan sebanyak RM15/bulan selama 12 bulan.

Pelanggan boleh meningkatkan keperluan digital individu mereka dengan Freedom Add-Ons melalui kontrak 12 bulan untuk pelan-pelan berikut:

  • Digi Postpaid 40 – pilihan Sosial Tanpa Had PERCUMA

  • Digi Postpaid 60 – pilihan Penstriman Tanpa Had PERCUMA


Pelanggan Digi boleh mendapatkan Gadget SIM secara PERCUMA selama dua bulan (bernilai RM10/bulan) yang membolehkan mereka berkongsi kuota Internet pelan pascabayar mereka dengan peranti lain menggunakan talian kedua.

Pelanggan Digi Postpaid juga boleh mendapatkan baucar RM200 GadgetFreedom Plus secara percuma melalui aplikasi MyDigi.

Baucar itu boleh diguna untuk membeli peranti pintar dan aksesori tanpa sebarang kontrak di kedai rasmi Digi di Shopee Mall.

Pelanggan juga boleh mendapatkan telefon pintar yang diingini tanpa bayaran pendahuluan menerusi Digi PhoneFreedom 365 dan menikmati lebih penjimatan untuk iPhone 13.

Untuk pelanggan Fibre baharu pula, anda akan menikmati rebat1 RM240 untuk semua pendaftaran baharu bagi pelan Digi Fiber 1902 dan ke atas.

Pelanggan Digi Postpaid juga layak mendapat penjimatan sehingga RM60/bulan apabila digunakan bersama pelan Digi Fibre yang layak.

Untuk pelanggan prabayar pula, pelanggan baharu yang mendaftar untuk Prepaid NEXT 35, NEXT 45 serta pelan Raja Kombo 35 dan 45 akan menikmati kuota 65GB video berkelajuan tinggi secara percuma.

Sah selama 30 hari, pelanggan baharu boleh menstrim video di Netflix, Viu, Astro GO dan YouTube sepuas hati tanpa perlu risau tentang kuota Internet mereka.

Pelanggan Digi Prepaid semasa akan mendapat 130GB penstriman berkelajuan tinggi secara PERCUMA dengan sebarang pembelian pelan Internet 30 hari melalui MyDigi Box of Surprise mereka.

Digi juga memaklumkan, Unlimited Video Pass Digi kini telah dilanjutkan untuk semua pelanggan Digi Prepaid.

Daripada serendah RM5, pelanggan boleh menikmati penstriman video tanpa had di Netflix, YouTube, Astro GO, Viu, Dailymotion atau Unifi PlayTV.

Pas video tanpa had tersebut sah selama tiga hari dan menawarkan penstriman tanpa had serta tanpa had kelajuan.

Pelanggan juga akan menikmati pulangan tunai sehingga 50 peratus dengan setiap pembelian pas.

Sumber: Digi