Dakwaan Seorang Insider Foxconn Yang Membocorkan Butiran Mengenai Peranti Akan Datang iPhone Di Reddit

Di dalam thread di dalam Reddit, tiga orang yang mendakwa mereka pekerja Foxconn, vendor yang memasang peranti Apple telah membocorkan maklumat mengenai peranti iPhone yang akan datang iaitu iPhone 7s dan iPhone 8.

iPhone 8

Maklumat yang dibocorkan merujuk peranti itu sebagai iPhone X.

Mereka juga berkata imej iPhone X yang berlegar sebelum ini tidak tepat dan menerangkan yang peranti terbaru itu kelihatan seperti iPhone 7 dengan kemasan kaca tanpa modul butang kapasitif.

Kedudukan kamera belakang juga akan berubah dan bezel di sisi paparan akan lebih nipis.

Mereka juga berkata yang mereka nampak ujian pengimbas cap jari yang pengimbasnya diletakkan di bawah kaca namun hasil keputusan tidak memberangsangkan.

Mereka juga mengesahkan yang mereka tidak melihat khabar angin mengenai pengimbas cap jari di belakang peranti dan membuat spekulasi yang perkara itu tidak benar.

Peranti itu akan menggunakan pengimbas muka dan pengesan retina yang akan diletakkan di modul kamera depan.

Butiran lain termasuk peranti akan menggunakan bahan komposit kaca dan aluminium bagi membolehkan pengecasan tanpa wayar di belakang peranti.

Ciri-ciri water resistant akan diteruskan untuk model ini dan tidak akan menggunakan USB-C.

iPhone 7s

Mereka juga memberitahu lagi tentang satu peranti yang sebelum ini dikatakan akan keluar iaitu iPhone 7s.

Peranti ini menggunakan sepenuhnya bahan aluminium dan tidak mempunyai ciri pengecasan tanpa wayar.

Sumber