Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Dah Boleh Pra-Tempah Peranti Snapdragon 8 Gen 1 Termurah Di Malaysia

Posted on Mac 4, 2022

Motorola Edge 30 Pro kini sudah boleh dipra-tempah di Malaysia. Seperti artikel yang kami tulis sebelum ini, Motorola Edge 30 Pro ini merupakan penjenamaan semula untuk pasaran global daripada Motorola Edge X30 di pasaran China.

Sebagai sebuah peranti andalan daripada Lenovo serta menjadi peranti pertama yang dikusakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 1, pasti ada ada yang tidak ingin lepaskan peluang untuk pra-tempah Motorola Edge 30 Pro ini.

Dilengkapi dengan sistem 3 kamera iaitu 50MP utama, 50MP ultra lebar, 2MP depth dan 60MP swafoto. Skrin seluas 6.7 inci P-OLED HDR10+ dengan kadar segar semula 144Hz dan dimuatkan dengan bateri sebesar 4,800mAh yang menyokong pengecasan pantas 68W berwayar dan 15W wayarles.

Disebabkan ia menyokong pengecasan wayarles, Motorola Edge 30 Pro ini juga menggunakan panel belakang jenis kaca untuk rekaannya. Pengimbas cap jari juga berada pada butang kuasa dan bukannya di bawah skrin.

Harga peranti ini dijual dengan harga bermula RM2,699 untuk varian 12GB RAM+ 256GB storan. Ini menjadikan Motorola Edge 30 Pro ini termurah untuk sebuah peranti yang menggunakan Snapdragon 8 Gen 1 di Malaysia buat masa ini.

Pra-tempah boleh dilakukan di gedung jualan atas talian rasmi Lenovo di Shopee dan Lazada. Jika anda pra-tempah, anda akan menerima peranti tersebut pada 10 Mac 2022.

Baca juga:

  • Razer Huntsman Mini Analog Kini Di Malaysia, ‘Keyboard’ 60% Yang Lebih ‘Sensitif’
  • Ada Yang Nak Tukar Selera? HONOR Magic4 Pro Akan Hadir Di Malaysia
  • POCO X3 Pro Mula Terima Kemas Kini MIUI 13 Global Berasaskan Android 12

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress