Razer Huntsman Mini Analog Kini Di Malaysia, 'Keyboard' 60% Yang Lebih 'Sensitif'

Papan kekunci Razer Huntsman Mini Analog telah diumumkan hari ini. Papan kekunci ini merupakan yang kedua dihasilkan oleh syarikat tersebut dengan Suiz Analog Optikal Razer selepas diperkenalkan pada Razer Huntsman V2 Analog.

Seperti papan kekunci Razer yang lain, ia juga boleh ditetapkan sehingga 5 profil  dan pencahayaan RGB. Bingkai Razer Huntsman Mini Analog ini merupakan aluminium dengan permukaan matte serta menggunakan wayar jenis USB-C.

Dengan saiz kompak 60%, papan kekunci ini sangat sesuai bagi mereka yang minimalis. Jadi apa yang menarik tentang suiz Analog Opktikal yang terdapat papan kekunci ini?



Suiz ini membenarkan beberapa arahan ditetapkan untuk satu kekunci. Ini disebabkan, Razer membuatkan setiap kekunci dapat mengesan sejauh mana kekunci tersebut ditekan mengikut pada tahap penggerak (actuation) ketinggian.

Untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas, jika anda sedang main permainan video genre RPG, anda perlu tekan kekunci 'W' untuk bergerak kehadapan dan perlu tekan sekali kekunci 'shift' untuk lari.

Tetapi dengan suiz ini, anda boleh berjalan dengan tekan separuh sahaja kekunci 'W' dan tekan sepenuhnya pula untuk lari. Ini lebih memudahkan.



Berdasarkan daripada laman rasmi Razer, mereka menyatakan bahawa fungsi ini boleh diterapkan pada permainan Apex Legends, Fortnite, Rocket League dan Final Fantasy XIV. Permainan lain juga masih boleh menggunakan fungsi ini dan mungkin ada juga permainan yang tidak menyokongnya.

Jika anda berminat untuk beli Razer Huntsman Mini Analog ini, anda boleh beli di Lazada atau Shopee Razer dengan harga RM619.



Sumber: XDA Developers

Baca juga: