Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CTOS Tawar SecureID, Perkhidmatan Perlindungan Penipuan Dan Pantau Kredit

CTOS Tawar SecureID, Perkhidmatan Perlindungan Penipuan Dan Pantau Kredit

Diterbitkan Jun 26, 2020 · Dikemas kini Jun 26, 2020 oleh Amalina Athman

Berikutan peningkatan jenayah siber, agensi pelaporan kredit CTOS kini menawarkan akses percuma kepada perkhidmatan CTOS SecureID. Dengan tempoh percubaan selama 60 hari, setiap pengguna akan menerima peringatan penipuan, laporan kredit serta pemantauan dark web.

Untitled-1 (1)

Peringatan penipuan adalah merangkumi pemberitahuan mengenai permohonan kredit baharu, perubahan had kredit, pertukaran alamat serta penutupan kemudahan kredit. Bagi pemantauan dark web, peringatan mengenai maklumat peribadi yang didapati di laman tersebut akan dimaklumkan.

Dalam pada itu, berdasarkan data yang diterbitkan baru-baru ini dalam “4iQ 2020 Identity Breach Report”, lebih 18 bilion rekod identiti boleh didapati dalam dark web. Asia berada di tempat kedua di belakang Amerika Syarikat dengan jumlah 34.7%.

Antara data yang direkod bukan sahaja melibatkan butiran akaun, malah turut melibatkan lebih banyak maklumat yang boleh digunakan oleh penjenayah siber.

Untuk maklumat lanjut mengenai CTOS SecureID, layari https://ctoscredit.com.my/.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY