Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cristiano Ronaldo Pegang Rekod Dunia Guinness, ‘Peroleh Pelanggan YouTube Terbanyak Dalam Masa 24 Jam’

Cristiano Ronaldo Pegang Rekod Dunia Guinness, ‘Peroleh Pelanggan YouTube Terbanyak Dalam Masa 24 Jam’

Diterbitkan Ogos 30, 2024 ยท Dikemas kini Ogos 30, 2024 oleh ariff bukhari

Penguasaan Cristiano Ronaldo di platform media sosial berterusan selepas dianugerahkan gelaran Rekod Dunia Guinness untuk pelanggan YouTube terbanyak yang diperoleh dalam masa 24 jam.

Nombor rasmi daripada YouTube sebanyak 19,729,827 pelanggan telah didedahkan secara eksklusif kepada Rekod Dunia Guinness awal minggu ini.

Salurannya kini mempunyai lebih 48 juta pelanggan hanya enam hari selepas dilancarkan.

https://www.instagram.com/reel/C-7s6V3oeEe/?utm_source=ig_embed&utm_campaign=loading

Ronaldo, yang kini menetap di Arab Saudi semasa bermain untuk kelab Liga Pro Saudi Al-Nassr, juga mempunyai rekod yang besar di platform media sosial yang lain.

Dia mempunyai pengikut paling ramai di Instagram, dengan 637 juta dan menjadi orang pertama di dunia yang mencapai 500 juta pengikut di Instagram pada November 2022.

Selain itu, dia mempunyai 170 juta pengikut di Facebook dan 112 juta di X (Twitter), bermakna jumlah pengikutnya merentas media sosial mencecah hampir satu bilion akaun.

Dan, jika anda perlu diingatkan, Ronaldo juga telah mencipta banyak rekod di atas padang sepanjang kerjayanya selama 20 tahun dengan antaranya adalah:

  • Pemain pertama yang menjaringkan 100 gol Liga Juara-Juara UEFA
  • Kemunculan Liga Juara-Juara UEFA terbanyak – 183
  • Menjaringkan gol hatrik terbanyak dalam Liga Juara-Juara UEFA – 8, (rekod ini dikongsi bersama dengan Lionel Messi)
  • Pemain pertama yang menjaringkan gol dalam 5 Piala Dunia FIFA berbeza (lelaki)
  • Pada tahun 2021 dahulu, Rekod Dunia Guinness telah menganugerahkan Cristiano dengan anugerah untuk gol terbanyak yang dijaringkan dalam perlawanan bola sepak antarabangsa oleh seorang individu (lelaki).

Sumber: Rekod Dunia Guinness

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • 'Pak Arab' Ini Pemegang Rekod Dunia Guinness Sambungkan Konsol Permainan Paling Banyak Di Dunia Ke TV Tunggal
  • Peminat Tegar Nokia Ini Pecah Rekod Guinness Miliki Koleksi Telefon Bimbit Terbanyak Di Dunia
  • Tak Sampai 24 Jam, YouTube Cristiano Ronaldo Kini Miliki 15 Juta Pengikut
  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY