Counterpoint - Majoriti Pengguna Baharu Pixel 3 & OnePlus 6T Datang Dari Samsung

Samsung merupakan pengeluar telefon pintar terbesar di dunia ketika ini. Menurut India Times, mereka menguasai 19% daripada industri telefon pintar dunia sepanjang tahun lepas, meninggal Apple di tangga kedua dengan 14%.

Namun, ia tidak bermakna pengguna kekal menggunakan peranti mereka. Ini kerana, menurut Counterpoint Research, majoriti pengguna baharu Google Pixel 3 dan OnePlus 6T di Amerika Syarikat(AS) adalah bekas pengguna Samsung.

Secara lebih terperinci, 51% daripada pengguna baharu Pixel 3 adalah dari Samsung. Akan tetapi, 31% daripadanya adalah merupakan pengguna Samsung Galaxy S7 yang dilancarkan pada tahun 2016 lalu.



Bagi OnePlus 6T pula, 37% daripada pengguna baharunya adalah dari Samsung, di mana kebanyakan daripada mereka adalah bekas pengguna Samsung J2 Prime atau Galaxy S7.

Selain itu, bekas pengguna iPhone juga merupakan yang kedua terbanyak beralih kepada Pixel 3 dan OnePlus 6T merangkumi 18% daripada pengguna baharu Pixel 3 dan 16% pengguna baharu untuk OnePlus 6T.

Ini bermakna kurang daripada 20% pengguna baharu untuk dua peranti ini adalah bekas pengguna Android dan bukannya iOS.

Adakah ini menunjukkan bahawa pengguna iOS sudah berpuas hati dengan apa yang ditawarkan oleh Apple kepada mereka?

Bagi pengguna atau bekas pengguna iOS diluar sana, kongsikan pandangan anda bersama kami di ruangan komen.

 

Sumber: Counterpoint Research