Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
KAPAL KONTENA EV

COSCO Lancar Kapal Kontena EV Terbesar Di Dunia

Diterbitkan Mei 7, 2024 · Dikemas kini Mei 7, 2024 oleh ariff bukhari

Syarikat perkapalan COSCO SHIPPING Lines, sebuah syarikat milik kerajaan China, telah memperkenalkan kapal kontena berkuasa elektrik sepenuhnya sungai-ke-laut terbesar di dunia.

Dikenali sebagi Green Water 01, kapal kontena ini mempunyai berat lebih daripada 10,000 tan.

Kapal kontena elektrik ini, berukuran 119.8 meter panjang, 23.6 meter lebar dan 9 meter dalam yang mampu mencapai kelajuan maksimum 19.4 km/j (12 mph).

Kapal ini mencipta pelbagai rekod dalam industri marin, termasuk panjang, lebar, kapasiti kontena, tan berat mati (lebih 10,000 tan), dan kapasiti bateri.

KAPAL KONTENA EV

Kapal kontena elektrik ini dikuasakan bateri berkapasiti melebihi 50,000kWj.

Malah, bergantung pada berapa lama kapal akan berada di laut, COSCO boleh melaraskan bilangan modul bateri yang digunakannya. Sebagai contoh, mereka boleh menambah sehingga kotak bateri 20 kaki dengan setiap satu menyediakan 1,600 kWj kuasa elektrik untuk menambah julat perjalanan kapal.

Kapten kapal itu, Wang Jun memaklumkan bahawa apabila Green Water 01 dipasang dengan 24 kotak bateri, ia boleh melengkapkan perjalanan menggunakan tenaga 80,000 kWj.

KAPAL KONTENA EV
KAPAL KONTENA EV

Jumlah kuasa itu adalah lebih kurang sama seperti membakar 15 tan bahan api untuk perjalanan yang sama dalam kapal kontena biasa.

COSCO Shipping berkata, Green Water 01 boleh menjimatkan 3,900 kg bahan api untuk setiap 100 batu nautika yang dilaluinya, mengurangkan pelepasan karbon dioksida sebanyak 12.4 tan.

Green Water 01 telah pun memulakan perkhidmatan mingguan antara Shanghai dan Nanjin selepas pelancarannya.

Berkaitan

  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Sumber: Electrek

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY