Corsair Umum Komputer Riba Pertama Mereka

Corsair merupakan salah satu jenama besar dalam pembuatan komponen dan peralatan untuk gamer, pencipta kandungan dan peminat PC. Dalam Computex 2022 yang sedang berlangsung ketika ini, Corsair pertama kalinya mendedahkan komputer riba pertama mereka, Corsair Voyager a1600.

Tambahan lagi, Corsair akan menampilkan 2 variasi dalam komputer ribu mereka ini,CN-9000003-XX dan variasi paling berkuasa CN-9000004-XX.

Berikut merupakan spesifikasi dimiliki kedua-dua model tersebut:
































































SKU  CN-9000003-XX  CN-9000004-XX 
CPU  AMD Ryzen™ 7 6800HS 8-teras / 16-bebenang 4.4GHz+  AMD Ryzen™ 9 6900HS 8-teras / 16-bebenang 4.8GHz+ 
GPU  Radeon™ RX 6800M 
Paparan  16 inci, nisbah 16:10, resolusi 2560×1600, kadar segar semula 240Hz 
Memori  2x16GB CORSAIR VENGEANCE DDR5 SO-DIMM  2x32GB CORSAIR VENGEANCE DDR5 SO-DIMM 
Storan  1TB PCIe 4.0 M.2 NVMe SSD  2TB PCIe 4.0 M.2 NVMe SSD 
Kamera Depan  1080p@30fps 
Port 2x Thunderbolt 3-enabled USB 4.0, 1x USB 3.2 Gen2 Type-C, 1x USB 3.2 Gen1 Type-A,
SDXC 7.0 Pembaca Kad, 3.5mm bicu audio 
Wifi  802.11ax (Wi-Fi 6E) Sambungan Serentak Dwi Jalur 
Bluetooth®  Bluetooth 5.2 
Sistem Operasi  Windows 11 Home 
Bateri  6410mAh, 99Wh 
Dimensi/Berat  356mm x 286.7mm x 19.9mm/ 2.4kg 
Harga $2699.99 (~RM12,000)  $2999.99 (~RM13,200) 

Ingin saya jelaskan bahawa harga di atas adalah tidak rasmi merupakan anggaran harga jualan komputer riba ini. Corsair hanya mengumum dan mengesahkan kedatangan Voyager a1600 sahaja.



Harga jualan rasmi dan ketersediaan komputer riba ini di pasaran akan diumumkan Corsair di kemudian hari. Tetapi Corsair Voyager a1600 akan disokong dengan jaminan selama 1 tahun.

Sumber: videocardz

Baca juga: