Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Corsair dominator platinum rgb ddr5

Corsair Adalah Jenama Yang Ada RAM Terpantas Ketika Ini

Diterbitkan Jun 2, 2022 oleh Firdaus

Corsair telah melancarkan memori RAM baharu, Corsair Dominator Platinum RGB DDR5 yang menawarkan kelajuan hingga 6,600Mhz. Corsair merupakan satu jenama besar dalam dunia pekomputeran yang mengeluarkan produk berkualiti untuk pencipta, pembina PC dan gamers.

Corsair Adalah Jenama Yang Ada RAM Terpantas Ketika Ini

Buat masa ini, memori RAM Dominator Platinum RGB hanya tersedia dalam kits 2×16 GB sahaja. Selain itu, Corsair ada menawarkan memori RAM berkelajuan tinggi seperti DDR5-6200 dan DDR5-6400.

Corsair Adalah Jenama Yang Ada RAM Terpantas Ketika Ini
Corsair Adalah Jenama Yang Ada RAM Terpantas Ketika Ini

Tetapi dengan 6,600MHz, memori RAM Dominator Platinum RGB telah membuka satu pencapaian baharu dalam kelajuan yang mampu dicapai oleh RAM dalam sistem komputer.

Jaminan dan Ketersediaan

Corsair Dominator Platinum RGB sudah boleh didapati pada laman sesawang rasmi Corsair tetapi dalam jumlah yang terhad. Walau bagaimanapun, Corsair menawarkan jaminan sepanjang hayat untuk memori RAM DDR5 ini.

Prestasi dan Kesesuaian

Dominator Platinum RGB baharu ini hanya sesuai dengan papan induk seperti ASUS ROG STRIX Z690-F dan ROG MAXIMUS Z690 HERO atau papan induk siri 600 AMD berasaskan platform AM5 untuk mencapai kelajuan frekuensi 6,600 MHz.

Selain itu, saya ingin mengingatkan RAM Corsair ini hanya bersesuaian dengan cip pemprosesan yang menyokong memori DDR5 sahaja seperti Intel i9-12900K.

Sumber: Corsair

Baca juga:

  • Kelajuan 5.5GHz CPU Siri Ryzen 7000 Belum ‘Overclock’, Boleh Capai Lagi Laju
  • ASUS Jenama Pertama Dengan Monitor Kadar Segar Semula 500Hz
  • Storan SSD Apacer Ini Hadir Dengan Kelajuan Membaca Hingga 13Gbps

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Tawar 60,000 Pekerja Mereka Berhenti Sukarela Sambil Berbelanja Besar Pada AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
©2026 WISER.MY