Kelajuan 5.5GHz CPU Siri Ryzen 7000 Belum 'Overclock', Boleh Capai Lagi Laju

Dalam acara pembukaan Computex 2022 oleh AMD, Dr. Lisa Su tempoh hari, beliau telah menunjukkan demonstrasi cip pemprosesan siri Ryzen 7000 yang baharu ketika bermain Ghostwire: Tokyo. CPU tersebut mampu mencapai prestasi sekitar 5.0GHz tanpa sebarang masalah, malahan mencecah angka 5.5GHz.

https://www.youtube.com/watch?v=U5mCsC4NYLE

**anda boleh langkau terus ke minit 3:20 untuk melihat prestasi AMD Ryzen 7000 Zen4 dalam Ghostwire: Tokyo

Pengarah Pemasaran Teknikel AMD, Robert Hallock telah mengesahkan demonstrasi ini dilakukan tanpa pengaktifan ciri overclock pada cip pemprosesan tersebut. Beliau juga ada mendedahkan spesifikasi komponen ketika demonstrasi ini dibuat.

Berikut merupakan spesifikasi yang didedahkan Robert Hallock:

https://twitter.com/IanCutress/status/1529160979011051526?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1529160979011051526%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fvideocardz.com%2Fnewz%2Famd-confirms-ryzen-7000-5-5-ghz-demo-did-not-involve-overclocking

Tiada sebarang sistem penyejukan "istimewa" yang digunakan kecuali hanyalah penyejukan cecair AsetekĀ AIO 280mm. Selain itu, demonstrasi ini dilakukan menggunakan papan induk AMD dan memori RAM 2x16GB DDR5 6000 CL30.

Oleh itu, kita dapat simpulkan cip pemprosesan Ryzen 7000 Zen4 mempunyai potensi untuk menjadi CPU paling berkuasa setelah ia dilancarkan nanti.

Sumber: videocardz

Baca juga: